web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Marina Ibrahim Calon Terbaharu Positif COVID-19

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Mar 2022 1:51PM

Marina Ibrahim (kiri) ketika berkempen di kawasan DUN Skudai, baru-baru ini. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bukan mudah untuk memastikan kempen pilihan raya ini seratus peratus terlindung dari pandemik COVID-19 walaupun prosedur operasi standard (SOP) ketat sudah dipatuhi calon. 

Terbaharu, calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Skudai, Marina Ibrahim mengesahkan dirinya positif COVID-19. 

Beliau menerusi hantaran di laman Facebook, hari ini memaklumkan dirinya positif virus tersebut sejak dua hari lalu, hasil daripada kit ujian pantas (RTK) kendiri.

“Sejak itu, saya sudah menjalani kuarantin di rumah.

“Keputusan ujian Real-Time Reverse Transcription-Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) yang diterima lewat malam semalam mengesahkan bahawa saya positif,” katanya. 

 

[中文往下 | தமிழ் மொழியில் மொழிபெயர்க்கப்பட்டுள்ளன] Assalamualaikum [大家好, வணக்கம்]. Salam Harapan. Dukacita dimaklumkan...

Posted by Marina.Ibrahim on Tuesday, March 8, 2022

Bagaimanapun, Marina menegaskan perkara itu tidak sama sekali melunturkan semangatnya untuk terus berkempen sebelum hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, 12 Mac ini.

Lantaran semangat itu, beliau akan meneroka kaedah dan alternatif lain seperti menggunakan media sosial untuk berhubung dengan pengundi Skudai dalam tempoh kuarantin. 

“Saya berharap anda semua akan terus memberi sokongan kepada saya dan pasukan kempen saya sehingga hari pengundian nanti. 

“Pasukan kempen saya akan meneruskan kempen walaupun dengan ketiadaan saya secara fizikal,” katanya. 

Terdahulu, dua calon PH bagi kerusi DUN Mengkibol, iaitu Chew Chong Sin dan Wong Chan Giap daripada Perikatan Nasional (PN) disahkan positif COVID-19, semalam.

Turut disahkan positif virus itu adalah calon Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) DUN Penawar, Rahmattullah Kamilin, calon Pakatan Harapan (PH) DUN Jementah, Ng Kor Sim dan Yeo Tung Siong (PN - DUN Pekan Nanas). 

Selain itu, Ter Hwa Kwong (PH - DUN Penggaram), Chiong Sen Sern (PKR - DUN Bukit Batu) dan Naim Jusri (PKR - DUN Gambir). - Getaran, 9 Mac 2022.
 

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Exco Johor Bakal Dilantik Perlu Isytihar Harta, Lalui Semakan Latar Belakang

2

Politik 2 tahun yang lalu

Tiada Krisis Dalaman UMNO, Pelantikan Onn Hafiz Selaras Undang-Undang Tubuh Johor

3

Politik 2 tahun yang lalu

PAS Tiada Halangan Muhyiddin Berundur, Keputusan Mohd Khairuddin Pendirian Peribadi

4

Politik 2 tahun yang lalu

Siapa Menteri Besar Johor?

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 12 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 12 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'