web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Isu Anak Muda Keluar Kampung Fokus Utama Uzzair 

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Mar 2022 1:57PM

Uzzair Ismail (kanan) berbual dengan penduduk di kawasan DUN Pemanis, ketika berkempen untuk PRN Johor.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEGAMAT - Isu penghijrahan anak muda dan individu lulusan universiti antara perkara yang menjadi keutamaan calon Perikatan Nasional (PN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pemanis, Uzzair Ismail sekiranya diberi mandat mewakili rakyat untuk kerusi berkenaan. 

Uzzair yang mewakili Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) berkata, rata-rata golongan tersebut terpaksa berhijrah keluar daripada kawasan berkenaan kerana ingin mencari pendapatan dan membina kehidupan di Johor Bahru serta Kuala Lumpur. 

Bagi tempoh jangka panjang, katanya, penghijrahan mereka akan memberi kerugian kepada keseluruhan proses pembangunan sosioekonomi di DUN Pemanis.

“Ini terjadi kerana kemahiran dan bidang khusus mereka miliki sepatutnya digembleng untuk membangun serta mensejahterakan penduduk kawasan ini.

“Bagaimanapun, soal peluang pekerjaan terhad atau tiada di DUN Pemanis memaksa mereka berhijrah,” katanya kepada Getaran, hari ini.

Lantaran situasi itu, Uzzair menegaskan PN mahu mengubah keadaan terbabit dengan membawa lebih banyak pembangunan dan peluang ekonomi seperti perniagaan, perusahaan serta perkhidmatan yang boleh diceburi anak muda dan lepasan universiti di tempat kelahiran mereka sendiri. 

Jelasnya, cadangan itu akan dilaksanakan sekiranya PN memenangi PRN Johor selepas ikrar gabungan tersebut dilancarkan yang merangkumi lapan tunjang, 24 strategi dan 145 pendekatan, termasuk di Pemanis. 

“Saya melihat situasi ini menerusi kaca mata golongan muda dan dapat mengesan banyak lagi potensi, ruang serta sumber boleh dimanfaatkan, mahupun ditambah nilai untuk menjana peluang pekerjaan dan pendapatan,” katanya.

Sementara itu, berbaki sehari tempoh berkempen esok, Uzzair menegaskan dirinya tidak sama sekali gentar berhadapan empat penjuru di DUN Pemanis.

Malah, katanya, beliau bersyukur kerana kepimpinan tertinggi PN memberi kepercayaan untuk beliau bertanding dan giat berkempen sebaiknya agar gabungan itu memenangi pilihan raya berkenaan pada Sabtu ini.

“Kedudukan saya sebagai aktivis parti dan masyarakat, selain ahli perniagaan adalah platform yang membuatkan saya dikenali serta disenangi dalam kalangan masyarakat di sekitar Parlimen Sekijang.

“Menjelang hari mengundi pada 12 Mac ini, saya merayu dan mengajak pengundi di DUN Pemanis, termasuk golongan muda untuk bersama-sama bangkit menolak parti terpalit rasuah, sebaliknya mengangkat PN sebagai kerajaan yang berikrar melaksanakan pembangunan adil untuk seluruh rakyat Johor,” katanya. 

Uzzair akan menentang Anuar Abd Manap dari Barisan Nasional (BN), Yoong Thau (PH) dan Dr Azita Amien (PEJUANG) pada PRN Johor - Getaran, 10 Mac 2022.
 

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Exco Johor Bakal Dilantik Perlu Isytihar Harta, Lalui Semakan Latar Belakang

2

Politik 2 tahun yang lalu

Tiada Krisis Dalaman UMNO, Pelantikan Onn Hafiz Selaras Undang-Undang Tubuh Johor

3

Politik 2 tahun yang lalu

PAS Tiada Halangan Muhyiddin Berundur, Keputusan Mohd Khairuddin Pendirian Peribadi

4

Politik 2 tahun yang lalu

Siapa Menteri Besar Johor?

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Politik 10 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 12 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini