web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Calon BN Didakwa Miliki Harta Luar Biasa, SPRM Perlu Siasat 

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Mar 2022 6:55PM

Laporan yang difailkan di SPRM Johor hari ini. - Gambar dari Facebook Che'GuBard Original

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa menyiasat calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Endau, Mohd Youzaimi Yusof yang didakwa memiliki kekayaan luar biasa sebagai penjawat awam. 

Perkara itu didedahkan Pengarah Operasi Jabatan Pilihanraya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Johor, Badrul Hisham Shaharin yang mendakwa mendapat maklumat tersebut daripada akar umbi UMNO Bahagian Mersing dan sebulat suara menolak Mohd Youzaimi. 

Malah, menurut beliau, pihaknya dimaklumkan bahawa Ketua UMNO Bahagian Mersing itu didakwa memiliki 14 geran tanah di daerah tersebut, di samping harta serta jumlah wang tunai tidak masuk akal. 

“Semua butiran diserahkan oleh kawan-kawan dari UMNO semalam. Pagi tadi, saya turut membuat carian bagi semak silang kesahihan di Pejabat Tanah dan Daerah Mersing. Bukan 14 tetapi 15 geran tanah atas namanya hanya di Mersing.

“Sangat meragukan apabila ahli politik ada 15 milikan hartanah dalam satu daerah. Itu belum lagi di daerah lain atau atas nama keluarga terdekat yang saya sangat yakin jika dilakukan carian pasti akan menemukan banyak lagi,” katanya hari ini. 

 

Hantar laporan ke SPRM Johor. Semalam dapat maklumat dari kawan kawan Umno di Mersing. Mereka sendiri menolak calon N32...

Posted by Che'GuBard Original on Thursday, March 10, 2022

Lantaran dakwaan itu, Badrul Hisham mempersoalkan sumber kewangan diperoleh calon BN DUN Endau itu yang tidak masuk akal kerana beliau hanya seorang penjawat awam.

Pada masa sama, beliau berkata, tindakan Mohd Youzaimi itu didakwa sudah salah guna kuasa dan khianat kepada pengundinya yang masih tidak memiliki rumah di Mersing. 

“Belum lagi teliti harta lain seperti saham mahupun syarikat milikan, tunai dalam akaun, simpanan tetap, senarai kenderaan mewah dan lain-lain kekayaan. Segala butiran sudah saya sertakan kepada SPRM. 

“Dengan hanya milikan hartanah dalam Mersing sahaja, SPRM wajib membuka kertas siasaran dan perlu mendakwa. Dia hanya penjawat awam yang gajinya sekitar RM7,000 ke RM8,000 sahaja,” katanya. 

Sementara itu, Badrul Hisham berkata, perkara terbabit menunjukkan contoh ahli politik BN yang mementingkan kekayaan dan kepentingan peribadi semata-mata. 

“Selain nak kuasa untuk lepaskan pemimpin mereka dari penjara, mereka hendak kuasa untuk meneruskan penguasaan tambah kekayaan. Rakyat perlu tolak calon BN,” katanya. - Getaran, 10 Mac 2022.
 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 12 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 12 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global