web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Ghairah Beli Undi, Calon BN Didakwa Sogok Tentera? 

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Mar 2022 4:22PM

Seorang individu mendakwa calon BN memberikan sogokan wang kepada ATM dan dakwaan itu dibuat menerusi akaun @oskortos di Twitter. - Gambar dari twitter @oskortos

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain didakwa ghairah membeli undi daripada pasukan keselamatan.

Perkara itu didedahkan seorang individu dikenali menerusi akaun @oskortos di Twitter, yang memaklumkan beliau menerima maklumat bahawa mantan Ketua Wanita UMNO Johor itu memberi sogokan kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM). 

Dakwanya, Sharifah Azizah turut memberi wang kepada kakitangan awam yang bekerja di Kem 7 Briged Kluang, Johor.

"Sampai sahaja Kluang, dapat cerita sedap pasal calon BN DUN Mahkota bagi seorang RM50 dekat askar dan semua yang kerja di Kem 7 Briged Kluang. 

"Siap pakai sampul kem lagi. C****a betul," luah individu tersebut di media sosial, hari ini. 

Bagaimanapun, beliau yakin bukan mudah untuk calon BN itu ‘membeli’ anggota keselamatan yang berpegang pada prinsip menjaga integriti, tidak mengamalkan rasuah atau menyalahgunakan kuasa. 

"Mendidih macai BN. Ingat aku post sekadar dengar cerita ke? Hahahaha. 

"Namun, aku yakin tak semua askar boleh dibeli dengan mudah dan semurah ni. Kalau tak, macam mana aku boleh dapat gambar ini kan," katanya. 

Sementara itu, perkara itu turut diakui oleh seorang lagi pengguna Twitter, dikenali sebagai Mai Sargent yang mengesahkan perbuatan dilakukan Sharifah Azizah. 

Dia mendakwa, wang dalam jumlah besar itu diberikan kepada anggota tentera serta ahli keluarga di kem tersebut sebagai daya tarikan, agar beliau dipilih sebagai pemimpin di kawasan terbabit. 

"Berita disahkan benar, pengundi-pengundi isteri anggota tentera DUN Mahkota disogok setiap seorang yang diberi RM150. 

"Semua isteri-isteri anggota dikumpulkan di satu tempat sebelum dibawa pergi mengundi menggunakan bas," katanya. 

Dalam konteks pilihan raya, tindakan tersebut adalah suatu kesalahan yang termaktub di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Tindakan terbabit membawa konotasi wujudnya kesalahan secara jelas kerana membabitkan pemberian atau derma daripada mana-mana parti politik.

Berdasarkan akta berkenaan, sembilan kesalahan sogokan berdasarkan seksyen 10, termasuk pemberian minyak percuma boleh mendorong bagi mendapatkan undi. 

Sementara itu, sebahagian besar netizen tidak berpuas hati dengan tindakan calon BN DUN Mahkota itu dan mengharapkan agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil tindakan tegas terhadap perkara terbabit. 

"Serius UMNO masih main lagi berkempen cara begini. Kalau sikap dan mentaliti ini masih diguna pemimpin, saya lihat tahap rasuah kita takkan pernah berubah malah menjadi lebih teruk," luah Asla Fuu. 

"Calon begini tidak boleh dipakai dan tak layak pun berkhidmat untuk rakyat. SPRM perlu siasat teliti dan pandang serius perkara ini. Mereka kena ambil tindakan segera," kata Rosyam Sail.

"Siapa yang dedahkan perkara ini, buat laporan dekat SPRM, jangan buat kecoh dekat media sosial sahaja. Kalau dilaporkan sudah pasti calon itu akan didakwa SPRM sebab kita tengok bukti pun dah ada," kata sia Rahman di Twitter.

Sharifah Azizah akan berdepan tiga calon lain di kerusi DUN Mahkota iaitu Mohamad Nor Lingan daripada Perikatan Nasional (PN - BERSATU), Muhammad Taqiuddin Cheman mewakili Pakatan Harapan (PH - PKR) dan Mohamed Noor Suleiman daripada Parti Warisan (WARISAN). - Getaran, 11 Mac 2022.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 12 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang