web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PN Sangkal Keluar Surat Sokong Anwar PM

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Mar 2022 6:01PM

PN menafikan memberikan sokongan penuh kepada Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10. - Gambar Azim Abd Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perikatan Nasional (PN) menafikan dakwaan ada mengeluarkan surat kononnya gabungan itu memberi sokongan penuh kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10. 

Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, surat yang tular sejak malam tadi itu adalah palsu dan hanya berniat jahat untuk mengelirukan rakyat ketika hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, esok. 

"PN menafikan kewujudan surat bertarikh 23 Februari 2022 yang mengunakan nama Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin. 

"Penggunaan kepala surat gabungan kita sebagaimana yang tersebar semenjak malam semalam adalah palsu," katanya menerusi kenyataan, hari ini. 

Hamzah menegaskan, pihaknya percaya rakyat Johor tidak akan terpedaya dengan kempen kotor sesetengah parti politik. 

Menurut beliau, tindakan tersebut menggambarkan keadaan terdesak pihak tertentu yang tidak dapat menerima gelombang sokongan rakyat terhadap calon dan ikrar PN. 

"Seluruh jentera parti diseru untuk kekal fokus mendekati rakyat. 

"Semua harus membawa aspirasi serta keprihatinan Perikatan Nasional demi bangsa Johor dalam tempoh-tempoh akhir berkempen PRN Johor 2022," katanya. 

Terdahulu, surat tersebut mendakwa berlaku perbincangan berkaitan satu kerjasama politik antara PN dengan PKR demi menyelamatkan negara daripada terus dirosakkan oleh UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Surat itu yang menggunakan nama Muhyiddin mendakwa, PN sanggup memberi kepercayaan dan menyatakan sokongan penuh ke atas pencalonan Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri ke-10 bagi merealisasikan kerjasama politik itu.

"Dicadangkan nama baharu kerjasama ini adalah Perikatan Harapan bagi merealisasikan gabungan semua pihak.

“Untuk tambah memperkukuh hubungan politik antara PN dan PKR, satu mesyuarat pembahagian kerusi wajar diadakan secepat mungkin setelah berakhirnya PRN Johor.

"Sekiranya pembahagian kerusi dapat dimuktamadkan lebih awal, maka persediaan ke arah Pilihan Raya Umum (PRU) akan dapat disusun dengan lebih teratur,” menurut surat itu. - Getaran, 11 Mac 2022.

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Exco Johor Bakal Dilantik Perlu Isytihar Harta, Lalui Semakan Latar Belakang

2

Politik 2 tahun yang lalu

Tiada Krisis Dalaman UMNO, Pelantikan Onn Hafiz Selaras Undang-Undang Tubuh Johor

3

Politik 2 tahun yang lalu

PAS Tiada Halangan Muhyiddin Berundur, Keputusan Mohd Khairuddin Pendirian Peribadi

4

Politik 2 tahun yang lalu

Siapa Menteri Besar Johor?

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 12 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 12 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global