web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


BN, PN Buka Pondok Panas Di Depan Pusat Mengundi?

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 12 Mar 2022 8:12PM

Syed Ibrahim Syed Noh

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TANGKAK - Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) dilihat dengan sengaja melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, yang berlaku di Dewan Undangan Negeri (DUN) Gambir.

Perkara itu didedahkan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Johor, Syed Ibrahim Syed Noh yang mendakwa, terdapat wakil atau ahli PN sengaja membuka pondok panas dalam jarak 50 meter dari Pusat Mengundi Sekolah Kebangsaan Sagil Kampong di sini.

Pada masa sama, beliau mendapati BN juga turut membuka warung yang menyediakan makanan dan minum berhampiran pusat mengundi berkenaan dan terpapar jelas bendera gabungan tersebut.

“Memang masih ada pondok panas, memang masih ada berhimpun bertenggek di kawasan 50 meter dari Pusat Mengundi.

“Ini kesalahan di bawah Seksyen 26, Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954. Sangat jelas. Jadi saya ambil tindakan tadi, saya jumpa Pegawai Pilihan Raya SPR, saya katakan dia kena ambil tindakan,” katanya menerusi hantaran di Facebook miliknya, hari ini.

Mengulas lanjut, Syed Ibrahim berkata pegawai SPR tersebut menjelaskan tindakan telah diambil agar semua yang berkumpul di situ segera bersurai.

Namun, beliau menegaskan ahli-ahli dari PN dan BN masih berkumpul semula yang membuktikan perangai buruk dan lama telah berputik kembali.

“Saya tinjau ada pondok panas PN, buka meja depan sekolah. Ada kerusi, duduk ramai-ramai.

“Apa tujuan dia? Hari ini tak boleh lagi merayu undi,” katanya.

Lantaran itu, Syed Ibrahim berkata, pegawai pilihan raya tersebut sewajarnya melaporkan perkara itu kepada pihak berkuasa termasuk Polis Diraja Malaysia.

“Ini sangat tidak adil kepada parti-parti lain yang bertanding,” katanya. - Getaran, 12 Mac 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 1 bulan yang lalu

PRK Nenggiri: BN Menang Majoriti Besar, Rampas Semula Kerusi DUN Nenggiri

2

Politik 5 bulan yang lalu

PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan Ada Kaedah Pastikan Calon Menang

3

Politik 6 bulan yang lalu

Dulu Kecam Coldplay, Sekarang Sokong Taylor Swift; Apa Sebenarnya PN Mahu?

4

Semasa 9 bulan yang lalu

Mahkamah Tolak Rayuan BN Untuk Kembalikan Petisyen Pilihan Raya Gua Musang

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 10 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah