web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


BN Menang 7 Kerusi, PN 1 Kerusi Setakat 10.15PM - SPR

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Mar 2022 10:48PM

Penyokong BN meraikan kemenangan parti berkenaan pada PRN Johor di Badan Perhubungan UMNO Johor. - Gambar Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan keputusan rasmi bahawa Barisan Nasional (BN) telah menang tujuh daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) itu. 

PN setakat jam 10.15 malam tadi telah menang di kerusi di DUN Endau diwakili oleh Alwiyah Talib dengan majoriti undi 3,041 undi.

Calon Menteri Besar daripada BN, Datuk Hasni Mohammad berjaya mempertahankan DUN Benut dan meninggalkan pesaing terdekatnya daripada Perikatan Nasional (PN), Senator Datuk Isa Ab Hamid dengan perbezaan 5,859 undi.

Keputusan itu menyaksikan Hasni mendapat 10, 896 undian berbanding PN (5,037), PKR (1,200) dan PEJUANG (139).

Di Dun Johor lama, gabungan itu yang diwakili oleh Norliza Noh berjaya menawan kawasan tersebut dengan majoriti besar iaitu 6,039 undi.

Norliza menang bergaya dengan memperoleh 6,132 undi menewaskan Omar Moktar (PH) yang meraih 1,527 serta Mohd Shukor Ahmad dengan hanya 268 undi.

Bagi DUN Bukit Naning, Datuk Mohd Fuad daripada BN berhasil menewaskan Mahadzir Abu Said (PN), Md Ysahrudin Bin Kusni (PN), S. Jeganathan (Bebas) dan Datuk Ibrahim Shafe'e dengan majoriti undi 1,535.

Calon BN di DUN Kukup yang diwakili Datuk Jefridin Atan mendapat 11,640 undian berbanding PN (3,439), PKR (3,276) dan PEJUANG (927).

BN yang mempertaruhkan Haslinda Salleh berjaya menang di DUN Tenang dengan memperoleh undi 5,380 menewaskan MUDA (3,644), PN (2,729) dan PEJUANG (224).

Sementara itu, calon MCA, Ah Soon yang mewakili BN menang di DUN Yong Peng berjaya menewaskan Alan Tee Boon Tsong (PH) dan Susan Yong dari PN dengan majoriti undi 2,741.

DUN Gambir turut menyaksikan kemenangan berpihak kepada BN apabila gabungan itu yang diwakili Sahrihan Jali memperoleh undi 7,960 menewaskan PN (4,814), PKR (4,509) dan PEJUANG (220). - Getaran, 12 Mac 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Exco Johor Bakal Dilantik Perlu Isytihar Harta, Lalui Semakan Latar Belakang

2

Politik 2 tahun yang lalu

Tiada Krisis Dalaman UMNO, Pelantikan Onn Hafiz Selaras Undang-Undang Tubuh Johor

3

Politik 2 tahun yang lalu

PAS Tiada Halangan Muhyiddin Berundur, Keputusan Mohd Khairuddin Pendirian Peribadi

4

Politik 2 tahun yang lalu

Siapa Menteri Besar Johor?

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 12 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah