web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


SPR Sahkan BN Menang 29 Kerusi

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Mar 2022 11:52PM

Para penyokong Barisan Nasional bersorak meraikan kemenangan pada PRN Johor. - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan keputusan rasmi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor hari ini, dengan Barisan Nasional (BN) menang 29 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan.

Kemenangan selesa itu menyaksikan BN berjaya membentuk kerajaan Johor yang baharu dengan majoriti dua pertiga.

Perkara itu dimaklumkan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh dalam satu sidang media sebentar tadi.

“Proses pengundian bagi PRN Johor berjalan baik dan lancar. Bagi keseluruhan pengundian sehingga jam 11.05 malam, BN telah menang sejumlah 29 daripada 56 kerusi diperuntukkan.

“Dengan ini, BN berjaya memperoleh satu majoriti melebihi 50 peratus daripada jumlah yang dipertandingkan,” katanya.

Bagaimanapun, statistik SPR setakat jam 11.40 malam menunjukkan BN telah menang 36 bagi 56 kerusi yang dipertandingkan di PRN Johor.

BN antaranya telah berjaya menawan DUN Paloh, Serom, Bukit Naning, Pemanis, Bukit Permai, Benut, Buloh Kasap, Larkin, Kahang, Parit Raja, Kemelah, Sri Medan, Sungai Balang, Kukup dan Pasir Raja,

Pada masa sama, gabungan itu berjaya menang di DUN Pulai Sebatang, Tanjung Surat, Johor Lama, Tenang, Semerah, Permas, Sedili, Bukit Pasir, Pekan Nenas, Panti, Layang-Layang, Bekok, Tenggaroh, dan Parit Yani.

Pakatan Harapan (PH) pula menang di Perling, Jementah, Simpang Jeram, Mengkibol, Skudai, Senai, Penggaram, Bentayan dan Bukit Batu yang diwakili PKR, manakala Perikatan Nasional (PN) menang di Bukit Kepong. - Getaran, 12 Mac 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 1 bulan yang lalu

YB Awie Ikrar Berkhidmat Tanpa Kira Warna Politik

2

Politik 1 bulan yang lalu

PRK Nenggiri: BN Menang Majoriti Besar, Rampas Semula Kerusi DUN Nenggiri

3

Politik 1 bulan yang lalu

Peluang PN Cerah Di PRK Nenggiri - Penganalisis

4

Politik 3 bulan yang lalu

Kesepakatan BN, PH Bolehkan Jentera Parti PRK Sungai Bakap Berjalan Lancar

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 12 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'