web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PAS Terima Keputusan PRN Johor Dengan Hati Lapang

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Mar 2022 3:45PM

Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - PAS akur dengan keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang menyaksikan rakyat memilih Barisan Nasional (BN) untuk menerajui negeri itu.

Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, partinya bersama Perikatan Nasional (PN) sentiasa berlapang dada dan akan terus menyantuni rakyat berdasarkan peningkatan sokongan ketara di kebanyakan kerusi ditandingi.

“Di kesempatan ini, PAS mengucapkan terima kasih kepada para petugas Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Kesihatan  (KKM), juga jentera parti yang bertugas dalam memastikan proses pilihan raya berjalan dengan lancar dan selamat.

“PAS turut merakamkan penghargaan kepada rakyat Johor yang telah mengundi semua calon Perikatan Nasional, khususnya dikemukakan oleh PAS,” katanya, hari ini.

Jelasnya, sokongan yang diberikan amat bermakna bagi meneruskan agenda prihatin, berintegriti dan berkebajikan, demi kemaslatan negeri serta negara.

Terdahulu, PAS mewakili PN pada PRN Johor berjaya menawan DUN Maharani yang ditandingi oleh Abdul Aziz Talib apabila menang dengan majoriti 1,037 undi.

Beliau berjaya memperoleh 7,559 undi menewaskan Nor Hayati Bachok dari Pakatan Harapan (PH) sebanyak 6,522 undi, Noor Farah Shamsuddin (BN) 5,861, Lim Kim Joo (Bebas) 592 dan Muhamad Hanis Asmui Md Salleh (PBM) 190.

Dalam pada itu, Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man Tuan Ibrahim berharap Abdul Aziz dapat melaksanakan mandat rakyat dengan sebaiknya.

Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada petugas parti yang bekerja keras sepanjang PRN Johor bermula 26 Februari lalu sehingga semalam.

“PAS akan berusaha lagi. Semoga segala pengorbanan dan usaha gigih yang dicurahkan mendapat ganjaran di sisi ALLAH.

“Terima kasih juga kepada seluruh pengundi PN. Nilai undi yang diberikan sangat besar,” katanya.

Semalam, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan Barisan Nasional (BN) menang selesa melebihi majoriti dua pertiga apabila berjaya memperoleh 40 daripada 56 kerusi DUN yang dipertandingkan.

Menerusi keputusan rasmi tersebut, Pakatan Harapan (PH) berjaya memenangi 11 kerusi, diikuti PN tiga, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) masing-masing satu kerusi. - Getaran, 13 Mac 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 3 bulan yang lalu

Pengundi Sungai Bakap Belum Pasti Mahu Undi Parti Mana

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Pesta Songkran: ‘Dulu Haram, Sekarang Halal Pulak?’ - Netizen

3

Pendidikan 5 bulan yang lalu

Keputusan UPKK 2023 Diumumkan 18 April Ini

4

Politik 7 bulan yang lalu

PAS Harus Terima Kenyataan, Pembatalan 16 Peruntukan EJSK Bukti Kelemahan DUN Kelantan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 14 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 14 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah