web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kemenangan Puteri Wangsa Bakar Semangat MUDA, Mahu Jadi Pembangkang Berkualiti

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Mar 2022 4:30PM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Kemenangan sulung Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) yang berjaya menawan Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, semalam, menjadi titik permulaan baharu untuk mereka terus berjuang dalam arena politik negara.

Presiden MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, berkata, pihaknya nekad menjadi pembangkang yang berkualiti dengan meneruskan politik khidmat di enam DUN yang kalah.

Beliau berkata, parti itu akan menjadi pembangkang yang melakukan semak dan imbang secara berkesan bagi memastikan rakyat Johor mendapat pembelaan sewajarnya.

“Terima kasih kepada anak Johor kerana memberi peluang untuk MUDA bertanding. Menang atau kalah, politik khidmat tetap akan diteruskan.

“Teruskan bekerja di kawasan kalah, ini tanggungjawab kita kepada pengundi. MUDA perlu menjadi pembangkang yang padu dan berkualiti serta berkhidmat dengan baik,” katanya, hari ini.

Semalam, Amira Aisya yang mewakili MUDA berjaya memenangi kerusi DUN Puteri Wangsa dengan majoriti 7,114 undi dalam pertandingan enam penjuru pada PRN Johor, semalam.

Amira Aisya
Amira Aisya

Beliau menewaskan Ng Yew Aik daripada Barisan Nasional (BN), Dr Khairil Anwar Razali (PEJUANG), Loh Kah Yong (PN-GERAKAN), Steven Choong Shiau Yoon (PBM) dan Adzrin Adam (Bebas).

Syed Saddiq yang juga Ahli Parlimen Muar mengakui, bukan mudah untuk parti yang baru berusia dua bulan bertanding atas bendera baharu.

Bagaimanapun beliau menegaskan, pihaknya akan bekerja dengan lebih kuat bagi memperkenalkan MUDA kepada rakyat di Malaysia.

“Ini adalah permulaan bagi MUDA. Dengan kemenangan ini, MUDA ada ‘track record’ berkhidmat untuk bertapak bukan saja pada pilihan raya ini tetapi juga pilihan raya akan datang.

“Terima kasih kerana memberi peluang kepada Setiausaha MUDA yang juga calon DUN Puteri Wangsa, Amira Aisya Abd Aziz sehingga berjaya menang majoriti,” katanya.

Pada masa sama, beliau merakamkan ucapan tahniah kepada Amira Aisya serta jentera parti yang bekerja keras sejak hari pertama berkempen.

“Selepas ini apabila sah (mengangkat watikah pelantikan) menjadi wakil rakyat perlu mendahulukan kepentingan masyarakat dan orang ramai mengatasi segala-galanya.

“Sudah pasti bukan mudah untuk MUDA, sebuah parti baharu dalam tempoh dua bulan, parti ‘underdog’ dan menggunakan bendera sendiri yang baru disebarkan,” katanya.

Tambah Syed Saddiq, partinya akan berkhidmat sebaik mungkin demi membawa politik baharu di Johor dan Malaysia secara keseluruhannya.

“MUDA akan memberi saingan sengit seperti di DUN Permai dan DUN Tenang dengan 30 hingga 35 peratus,” katanya. - Getaran, 13 Mac 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

Dakwa Kerajaan Ambil Tindakan Terhadap Kritikan, Syed Saddiq Diminta Tidak Hipokrit - Fahmi

2

Semasa 10 bulan yang lalu

SPRM, Kerajaan Bantah Permohonan MUDA Rujuk Siasatan Hakim Nazlan Ke Mahkamah Persekutuan

3

Politik 10 bulan yang lalu

Syed Saddiq Lepas Jawatan Presiden MUDA, Mahu Fokus Bersihkan Nama

4

Semasa 10 bulan yang lalu

Dana Armada: Syed Saddiq Dipenjara 7 Tahun, Denda RM10 Juta, 2 Sebatan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 12 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi