web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PH, DAP Perlu Perbetulkan Kelemahan, ‘Khemah Besar’ Pembangkang Harus Diperkasa

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Mar 2022 6:45PM

Lim Guan Eng - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - DAP dan Pakatan Harapan (PH) perlu memperbetulkan kelemahan dalam menggiatkan usaha menentang Barisan Nasional (BN) di bawah pendekatan “Khemah Besar” gabungan pembangkang.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, partinya komited untuk menjaga, membantu serta mempertahankan hak semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama di bawah konsep mengutamakan rakyat.

Menurut beliau, pembangkang mesti bekerjasama dengan utuh dan mengutamakan serta mendahulukan identiti Malaysia berbanding perkara lain.

“DAP menerima keputusan rakyat dan mengucapkan tahniah kepada mereka (BN) yang menang. DAP berharap janji dibuat akan ditunaikan.

“Parti dan PH akan terus mempertahankan kehidupan rakyat dengan memperjuangkan isu kenaikan harga barang, menolak cukai pendapatan sumber asing serta menentang kenaikan denda kompaun yang melampau bagi pelanggaran SOP COVID-19 kepada RM10,000 bagi individu dan RM1 juta bagi syarikat,” katanya, hari ini.

Bagi 10 kerusi yang dimenangi DAP, Guan Eng berkata, pihaknya akan memastikan wakil rakyat berkhidmat kepada masyarakat dengan sebaik mungkin untuk menunaikan amanah diberikan.

“Bagi empat kerusi yang DAP kalah, kita akan buat pasca nilai. Saya telah bercakap dengan semua calon itu dan mereka komited untuk terus berkhidmat di kawasan masing-masing walaupun tewas,” katanya.

Dalam pada itu, Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan tidak menafikan prestasi perkhidmatan wakil rakyat sebelum ini menjadi antara faktor.

“Malangnya, di sebalik perkhidmatan cemerlang Sheikh Omar, beliau tidak dapat mengekalkan kerusi Paloh.

“Di Yong Peng, calon kami adalah calon baharu tetapi rekod perkhidmatan cemerlangnya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senai membantu kami menang di Senai dengan meyakinkan,” katanya.

Sementara itu, beliau turun mengucapkan terima kasih kepada pemimpin parti pembangkang kerana berdiri bersama-sama dan berkempen untuk PH walaupun sukar dilaksanakan.

Pada masa sama, beliau bersyukur kerana masih ada pengundi yang memberi sokongan kepada partinya dan bertekad untuk berkhidmat dengan penuh dedikasi dan tanggungjawab.

“Perpaduan dan komitmen yang ditunjukkan boleh dilihat dengan perjuangan di Yong Peng, khususnya cubaan menangkis serangan ganas MCA yang mencurahkan segala-galanya di Yong Peng.

“Walaupun perjuangan itu tidak berjaya, usaha itu memberi perangsang kepada seluruh parti dan menggerakkan semua ahli untuk berjuang lebih keras dan membolehkan kami mengekalkan 10 kerusi DAP,” katanya.

Semalam, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan BN menang selesa melebihi majoriti dua pertiga apabila berjaya memperoleh 40 daripada 56 kerusi DUN yang dipertandingkan.

Menerusi keputusan rasmi tersebut, PH berjaya memenangi 11 kerusi, diikuti PN tiga, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) masing-masing satu kerusi. - Getaran, 13 Mac 2022.

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

DAP Ketandusan Pemimpin India

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Pengganti Chow Kon Yeow Di Pulau Pinang Jadi Tanda Tanya

3

Politik 2 bulan yang lalu

PRK Sungai Bakap: ‘Pengundi Muda Tolong Keluar Mengundi’ - PH

4

Politik 3 bulan yang lalu

Kesepakatan BN, PH Bolehkan Jentera Parti PRK Sungai Bakap Berjalan Lancar

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 14 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 12 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad