web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PH, MUDA Akan Terus Berkhidmat Walau Tewas 

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Mar 2022 9:01PM

(Dari kiri) Sheikh Omar, Wei Jiet dan Elia

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paloh, Sheikh Omar Bagharib Ali reda dan berlapang dada apabila tidak berjaya mempertahankan kawasan tersebut pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, semalam.

Calon Pakatan Harapan (PH) mewakili DAP itu meraih 4,901 undi dan tewas kepada calon Barisan Nasional (BN), Lee Ting Han yang memperoleh sebanyak 8,077 undi.

“Maka berakhirlah PRN Johor pada malam tadi. Adat pertandingan, ada kalah dan menang. Saya tak berjaya mengekalkan kemenangan PH di kerusi DUN Paloh ini.

“Ramai yang menelefon saya sejak malam tadi, menyatakan rasa hiba dan sedikit kecewa. Tak kurang juga yang menangis, sedih katanya.

“Saya faham, kita telah melalui pahit manis ini bersama. Kita semua ibarat satu keluarga. Saudara, tak mengapa, kita sudah berjuang sehabis baik dan akan teruskan perjuangan ini. Saya yakin, kita akan kembali lebih kuat, Insya Allah,” luahnya hari ini.

Beliau turut menzahirkan penghargaan dan rasa terima kasih terhadap semua penyokong dan sahabat yang setia dengan perjuangan PH di Paloh sehingga ke saat akhir.

“Seperti selalu saya katakan, saya tak anggap diri saya sebagai ‘seorang YB’ sepanjang berkhidmat untuk Paloh. Saya adalah sebahagian daripada anda semua, keluarga besar Paloh.

“Saya ingin ucapkan terima kasih kepada para pengundi yang telah tunaikan kewajipan semalam termasuk dari luar Johor kerana telah berkorban masa dan tenaga.

“Terima kasih juga kepada rakan-rakan pimpinan serta ahli parti dari luar Johor yang turun berkampung di Paloh untuk membantu saya dan seluruh jentera pilihan raya di sini. Tuhan sahaja layak membalas jasa kalian,” katanya.

Calon MUDA di DUN Tenang, Lim Wei Jiet yang tewas dengan Haslinda Salleh mewakili BN dengan perbezaan 1,736 undi turut akur dengan kekalahan tersebut.

Namun, beliau menegaskan perkara itu kini menjadi pemangkin untuk dirinya kembali bersemangat dalam parti demi meneruskan perjuangan di arena politik.

“Ini bukan satu pengakhiran bagi kita, ia adalah permulaan bagi MUDA yang rakyat mula kenali, memberi peluang dan kepercayaan.

“Kepada sahabat kami, terima Kasih, lawan kita adalah di Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15). Jauh lagi perjalanan kami MUDA sebagai sebuah parti baharu,” katanya.

Sementara itu, calon PH di DUN Tenang, Elia Nadira Sabudin berkata, kekalahan itu bukanlah penamat bagi dirinya untuk terus berkhidmat di kawasan tersebut.

“Terima kasih kepada semua pengundi, kepimpinan PH, jentera dan barisan petugas yang telah bersama untuk berusaha pada PRN Johor kali ini.

“Namun, ini bukan penamat, tetapi kerja berterusan dalam memastikan hak dan suara rakyat Bukit Pasir sentiasa terbela,” katanya.

Barisan Nasional menang bergaya apabila Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan gabungan itu berjaya memperoleh 40 daripada 56 kerusi DUN yang dipertandingkan.

Menerusi keputusan rasmi tersebut, PH berjaya memenangi 11 kerusi, diikuti PN tiga, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) masing-masing satu kerusi. - Getaran, 13 Mac 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

PRK Sungai Bakap: ‘Pengundi Muda Tolong Keluar Mengundi’ - PH

2

Politik 3 bulan yang lalu

Kesepakatan BN, PH Bolehkan Jentera Parti PRK Sungai Bakap Berjalan Lancar

3

Politik 3 bulan yang lalu

PRK Sungai Bakap: Saingan 2 Penjuru Antara PH, PN

4

Politik 3 bulan yang lalu

Pertarungan Rebut Kerusi DUN Sungai Bakap Bermula Esok

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 14 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka