web statsweb stats

Berita Terkini

21 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Siapa Menteri Besar Johor?

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Mar 2022 9:10PM

Ahmad Zahid, Mohamad dan Hasni meninggalkan bangunan UMNO.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Sudah lebih 24 jam, masih tiada lagi mana-mana individu dari Barisan Nasional (BN) yang mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor walaupun parti itu sudah disahkan berjaya membentuk kerajaan negeri dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, kelmarin.

Persoalan bertambah sulit apabila Pengerusi BN Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad yang sebelum ini dinamakan sebagai calon tunggal Menteri Besar Johor oleh BN masih tidak diumumkan sebagai penyandang jawatan terbabit.

Siapakah Menteri Besar Johor ke-19 terus menjadi tanda tanya.

Petang tadi, Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang dipercayai mempunyai jawapan itu dilihat tergesa-gesa meninggalkan Bangunan UMNO dan enggan memberi sebarang kenyataan kepada media.

Turut meninggalkan bangunan itu adalah Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Hasni sendiri.

Ahmad Zahid, Mohamad dan Hasni dengan wajah yang serius tidak memberikan sebarang kenyataan kepada pengamal media yang berkumpul di bangunan itu sebelum menaiki kenderaan berasingan meninggalkan kawasan terbabit.

Difahamkan, ketiga-tiga pemimpin itu bergerak ke kediaman rasmi Menteri Besar, Saujana di sini.

Terdahulu, Ahmad Zahid hadir ke Bangunan UMNO pada jam 2.30 petang bagi mengadakan pertemuan bersama Mohamad dan Hasni.

Beliau kemudian dilaporkan menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Selepas hampir satu jam menghadap Sultan Johor, Ahmad Zahid kembali semula ke Bangunan UMNO untuk menyambung perbincangan bersama Mohamad dan Hasni.

Perbincangan itu tamat lebih awal selepas ketiga-tiga figura berkenaan meninggalkan bangunan terbabit dan usaha pihak media mendapatkan komen mereka turut gagal.

Terdahulu, Hasni memberitahu, pelantikan Menteri Besar Johor ke-19 adalah bergantung kepada hasil pertemuan Pengerusi BN menghadap Sultan Ibrahim, petang tadi.

Jelasnya, itu adalah proses yang perlu dilalui bagi pelantikan Menteri Besar apabila Presiden parti perlu menghadap Sultan Johor terlebih dahulu.

“Saya tak pergi (menghadap), prosesnya memang macam itu apabila Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyerahkan keputusan rasmi PRN Johor kepada Istana Johor, barulah Pengerusi menghadap Sultan Johor.

“Soal bila pelantikan Menteri Besar itu bergantung kepada pertemuan Ahmad Zahid bersama Sultan Johor pada petang tadi,” katanya.

Sebelum ini, bertiup kencang khabar angin mengenai calon lain yang turut disenaraikan sebagai Menteri Besar Johor baharu, bagaimanapun Hasni enggan mengulas lanjut tentang perkara itu.

Antara nama yang disebut-sebut sebagai Menteri Besar Johor yang baharu adalah bekas Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi yang memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rengit.

Sebelum ini, Ahmad Zahid menamakan Hasni sebagai calon tunggal Menteri Besar sekiranya BN kembali mendapat mandat rakyat untuk bentuk kerajaan negeri. - Getaran, 14 Mac 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 1 bulan yang lalu

YB Awie Ikrar Berkhidmat Tanpa Kira Warna Politik

2

Politik 1 bulan yang lalu

PRK Nenggiri: BN Menang Majoriti Besar, Rampas Semula Kerusi DUN Nenggiri

3

Politik 1 bulan yang lalu

Peluang PN Cerah Di PRK Nenggiri - Penganalisis

4

Semasa 1 bulan yang lalu

SPM Ulangan 2024 Rekod 8,195 Calon

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 23 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 8 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 8 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'