web statsweb stats

Berita Terkini

21 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PAS Tiada Halangan Muhyiddin Berundur, Keputusan Mohd Khairuddin Pendirian Peribadi

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Mar 2022 9:00AM

Datuk Hashim Jasin - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - PAS menerima dengan hati terbuka sekiranya Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN), susulan kekalahan teruk parti pimpinannya itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, baru-baru ini.

Mursyidul Am PAS, Datuk Hashim Jasin berkata, pihaknya juga tiada sebarang halangan jika Perdana Menteri Ke-8 itu, benar-benar mengambil keputusan terbabit.

“Berkenaan dengan keputusan Tan Sri Muhyiddin Yassin, kami (PAS) terima sebarang keputusan dan semua tahu bahawa ketika di PRN Johor, PN berdepan kekalahan agak teruk.

“Pada saya itu terpulang kepadanya jika mahu meletakkan jawatan dan kalau beliau ambil tanggungjawab kekalahan itu serta mahu meletak jawatan.

“Saya bersetuju, kalau beliau buat keputusan itu, jadi kita ikut sahajalah,” katanya ketika dihubungi Getaran, hari ini.

Terdahulu, Muhyiddin pada sidang media sejurus tamat PRN Johor, menawarkan peletakan jawatan bila-bila masa sekiranya diminta ahli PN, susulan kekalahan teruk blok berkenaan yang turut menggabungkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan PAS itu.

Pada PRN Johor, PN hanya memperoleh tiga daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dipertandingkan, iaitu di Endau, Bukit Kepong dan Maharani.

Sementara itu, diminta mengulas mengenai tindakan Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali yang mengumumkan keluar PAS berkuat kuasa semalam, Hashim berkata tindakan berkenaan adalah pendirian peribadi.

“Mungkin ada perkara yang dia (Mohd Khairuddin) rasa lebih baik keluar daripada PAS, daripada berada dalam parti.

“Bagi saya itu terpulang pada Mohd Khairuddin sendiri. Kita terima sahaja pilihan yang sudah dibuat,” katanya.

Hashim berkata, peletakan jawatan tersebut tidak sedikit pun menjejaskan imej PAS, malah parti itu akan mencari pengganti dalam masa terdekat.

“Saya rasa peletakan jawatan Khairuddin itu tidak memberi kesan kepada PAS.

“Walaupun Khairuddin banyak jasa dalam PAS, kami tidak pernah kurang kepimpinan, jadi tempat Khairuddin itu akan diganti dengan orang baharu,” katanya.

Semalam, Mohd Khairuddin yang juga mantan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi membuat kejutan apabila mengumumkan pendiriannya keluar daripada PAS, berkuat 14 Mac 2022 selepas 33 tahun menjadi ahli parti berkenaan.

Beliau berkata, tindakan diambil itu selari Fasal 15(1)(a) Perlembagaan PAS, iaitu keberhentian ahli dengan permintaan sendiri dan keputusan berkenaan sudah dimaklumkan kepada Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan pada pertemuan di Bangunan Parlimen.

Mantan Setiausaha Majlis Syura Ulamak PAS itu bagaimanapun enggan mendedahkan alasan di sebalik pendiriannya itu, selain menegaskan beliau akan menjadi Ahli Parlimen Bebas. - Getaran, 16 Mac 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 3 bulan yang lalu

Pengundi Sungai Bakap Belum Pasti Mahu Undi Parti Mana

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Pesta Songkran: ‘Dulu Haram, Sekarang Halal Pulak?’ - Netizen

3

Politik 7 bulan yang lalu

PAS Harus Terima Kenyataan, Pembatalan 16 Peruntukan EJSK Bukti Kelemahan DUN Kelantan

4

Politik 9 bulan yang lalu

AMANAH Perlu Pendekatan Baharu Bagi Tangani Strategi PAS

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 6 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 22 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah