web statsweb stats

Berita Terkini

23 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Manfaatkan PAU 2021 Sebaik Mungkin - Ahmad Zahid

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Mar 2022 5:05PM

Ahmad Zahid berkata, PAU 2021, harus dijadikan medan untuk memperkasakan lagi kemuafakatan dan memacu kekuatan UMNO. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pimpinan, ahli serta penyokong UMNO digesa untuk memanfaatkan Perhimpunan Agung UMNO 2021 (PAU 2021) sebaik mungkin dan kekal bersama parti itu bagi membangunkan agama, bangsa dan tanah air.

Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, PAU 2021, harus dijadikan medan untuk memperkasakan lagi kemuafakatan dan memacu kekuatan UMNO.

“Pemimpin, ahli serta penyokong terus bersama mengharungi ranjau dan onak duri tanpa gentar, kesal walau begitu ganas mereka diasak dan digasak.

“Kita yakin dan pasti UMNO sebuah perjuangan yang benar serta tulus murni dalam kisah menjulang kemakmuran lalu wajib dipertahankan,” katanya di Facebook hari ini.

Beliau berkata, UMNO sebuah perjuangan yang benar serta tulus dan murni wajib dipertahankan.

Menurutnya, UMNO masih gah melayari perjuangan agama, bangsa dan tanah air sehingga saat ini walau apa yang dinaratifkan musuh politik selepas 9 Mei 2018.

Katanya, perjalanan UMNO masih panjang dan sejarahnya tidak akan sesekali terpadam walau apa sahaja dugaan yang akan ditempuh.

“Pimpinan, ahli serta penyokong UMNO jadikan Perhimpunan Agung UNMO (PAU) 2021 medan kita untuk memperkasakan lagi kemuafakatan dan memacu lebih kekuatan.

“Dan Manfaat serta terjemahkan UMNO sebagai sebuah perikatan, pakatan dan pejuang yang sebenar agar diperlihatkan kepada seluruh nusa bangsa,” katanya.

Perhimpunan Agung UNMO (PAU) 2021 akan bermula hari ini sehingga Sabtu, bertempat di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur secara bersemuka dengan dihadiri 5,571 perwakilan dari 191 bahagian di seluruh negara. - Getaran, 16 Mac 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 2 tahun yang lalu

Kelab UMNO Luar Negara Dilayan Kepimpinan Parti Seperti 'Anak Tiri'

2

Politik 2 tahun yang lalu

Ahli Akar Umbi 'No Hal' Jika UMNO, PAS Bercerai

3

Politik 2 tahun yang lalu

UMNO Teliti Semua Aspek Sebelum Umum Tarikh PRU-15

4

Politik 2 tahun yang lalu

Dakwaan Menteri UMNO ‘Tak Kuat Kerja’ Ibarat Pandangan Orang Luar

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 10 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 10 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang