web statsweb stats

Berita Terkini

21 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tiada Krisis Dalaman UMNO, Pelantikan Onn Hafiz Selaras Undang-Undang Tubuh Johor

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Mar 2022 9:02PM

Onn Hafiz berucap pada Program Sembang Santai Bersama MB Johor di Laman Simpang Renggam hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Lain yang dinamakan sebagai Menteri Besar (MB) Johor, lain pula mengangkat sumpah dan itulah situasi yang berlaku di negeri selatan tanah air itu ketika ini.

Pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machap, Datuk Onn Hafiz Ghazi sebagai MB Ke-19 susulan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Sabtu lalu benar-benar mengejutkan ramai pihak.

Kenapa bukan Datuk Seri Ir Hasni Mohammad, calon yang disebut-sebut sepanjang tempoh berkempen PRN Johor? Adakah wujud krisis dalaman parti itu secara senyap?

Penganalisis Politik, Profesor Dr Kartini Aboo Talib berpendapat, pelantikan Onn Hafiz tidak menunjukkan berlaku krisis atau ketegangan dalam UMNO.

Profesor Dr Kartini Aboo Talib
Profesor Dr Kartini Aboo Talib

Sebaliknya beliau berkata, pelantikan tersebut dibuat selaras dengan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor.

“Jadi tiada krisis atau ketegangan dalam UMNO. Di bawah Perkara 3 (1) yang menetapkan Sultan berkuasa memilih dalam kalangan Ahli Dewan sesiapa dalam hemah Sultan ada keupayaan memimpin dan mendapat sokongan majoriti.

“Datuk Seri Ir Hasni Mohammad telah menyantuni pilihan istana. Tambahan pula UMNO ditubuhkan pada 11 Mei 1946 di Istana Johor, jadi istana ada sentimental ownership pada UMNO dan pemilihan pemimpin yang sesuai untuk Johor,” katanya kepada Getaran, hari ini.

Menurut beliau lagi, situasi di Johor bukan perkara baharu dan pernah berlaku di Selangor.

“Beberapa tahun lalu, Sultan Selangor juga telah menggunakan Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor 1959 di bawah Perkara 51 untuk memilih dan melantik MB Selangor.

“Dalam hal ini, BN mencadangkan hanya satu nama seolah-olah mendesak istana tanpa pilihan.

“Bila istana minta sekurang-kurangnya tiga nama maka BN mencadangkan Hasni, Onn Hafiz dan Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi,” katanya.

Maka beliau berkata, tindakan tersebut bermaksud BN secara automatik turut mencadangkan Onn Hafiz sebagai calon MB Johor.

“Jadi ia sebenarnya tiada isu langsung. Ada khabar angin kata BN hantar 38 surat akuan (SD) untuk menyokong Hasni tapi beliau sudah buat keputusan untuk sokong Istana,” katanya.

Dalam pada itu, Kartini menyifatkan pelantikan Onn Hafiz sebagai satu langkah bijak kerana dapat menyingkirkan imej ‘jurassic’ UMNO.

“Saya rasa istana mahu beri peluang kepada orang muda yang berdedikasi dan berwibawa untuk mentadbir negeri itu.

“Pada masa sama, beliau juga seorang akauntan terlatih dan juga jurai keturunan pentadbir serta pemimpin sejak Allahyarham Datuk Onn Jaafar.

“Beliau juga menang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Layang-Layang dan dilantik Exco Pelancongan, Belia dan Sukan Johor.

“Pada PRN Johor Sabtu lalu, beliau menang pula di DUN Machap,” katanya.

Sementara itu, Pensyarah Kanan Program Sains Politik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Jamaie Hamil turut senada dengan Kartini berhubung perkara tersebut.

 Dr Jamaie Hamil
Dr Jamaie Hamil

Katanya, tidak wujud percaturan pemimpin UMNO di peringkat pusat berhubung pemilihan Onn Hafiz sebagai MB Johor.

“Saya tidak fikir ada percaturan di peringkat pusat. Timbul satu lagi persepsi kononnya ada campur tangan daripada pihak feudal untuk tentukan calon MB. Dan semalam dikatakan senarai calon ada tiga iaitu Hasni, Puad Zarkashi puad dan Onn hafiz.

“Namun atas budi bicara feudal memutuskan untuk memilih Onn Hafiz sebagai MB Johor. Di situ berlaku polemik bukan sahaja memeningkan kepala pemimpin UMNO malah juga pengundi di negeri itu,” katanya.

Malah, Jamaie turut menolak dakwaan bahawa PRN Johor diadakan untuk menukar MB di negeri itu.

“Apa yang dilakukan UMNO untuk pastikan PRN diadakan bagi mendapatkan sebuah kerajaan yang stabil berdasarkan kemenangan besar di PRN Melaka.

“Jadi situasi di Johor berbeza dengan Melaka. Saya fikir Johor mahu kekalkan MB lama. Bila nak tukar (MB) kepada orang lain, saya tidak fikir PRN perlu diadakan,” katanya.

Mengenai pelantikan Onn Hafiz, Jamaie berpendapat, ADUN Machap itu kini menggalas tanggungjawab besar untuk mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap institusi feudal.

“Pelantikan beliau bagus kerana anak muda diberi peluang untuk mentadbir sebuah negeri agak penting di Malaysia selain Selangor dan Pulau Pinang.

“Tapi kalau nak tengok track rekod sebenarnya belum nampak.

“Sejauh mana ianya baik atau tidak, bergantung kepada keupayaan beliau menangani isu kepercayaan rakyat terhadap institusi feudal.

 “Itu satu peranan besar yang ditanggung beliau. Cuma istilah keturunan beliau datang dari salasilah yang bukan calang-calang. Ada darah kepimpinan, mungkin ada kelebihan di situ dan seharusnya digunakan sebaik mungkin,” katanya. - Getaran, 16 Mac 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 10 bulan yang lalu

DUN Johor, MB Ucap Tahniah Pelantikan Sultan Johor Sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-17

2

Semasa 1 tahun yang lalu

MB Johor, Anthony Anggap Jocelyn Biadap, ‘Masih Lagi Nak Menegakkan Benang Basah’

3

Semasa 1 tahun yang lalu

MB Johor Saran Laluan Kontra Di BSI, KSAB Elak Kesesakan Luar Biasa

4

Politik 1 tahun yang lalu

‘Kepada Allah Saya Berserah’, Onn Hafiz Tak Tanding Jawatan Peringkat Pusat

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 6 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 8 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'