web statsweb stats

Berita Terkini

23 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Selamat Tinggal, ‘Bye Bye’ PAS - Zahida

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Mar 2022 2:23PM

Zahida berkata bagi UMNO, tiada poligami dalam politik parti itu dan PAS harus memilih satu antara dua. - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - UMNO mampu berdiri teguh dan gagah tanpa sokongan daripada PAS, kata Datuk Zahida Zarik Khan.

Menurut Ketua Puteri UMNO itu, perkara terbabit jelas kelihatan apabila Barisan Nasional (BN) berjaya memenangi majoriti undi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di Melaka dan Johor tanpa sokongan daripada pihak PAS.

Katanya, ia dibuktikan selepas BN menawarkan kerusi kepada PAS untuk bertanding di PRN Johor, namun ditolak parti pimpinan Tan Sri Abdul Hadi Awang itu.

“Sayonara (selamat tinggal) PAS, selamat tinggal PAS, bye, bye, goodbye PAS.

“Semoga bahagialah kamu dengan pasangan hidupmu di kalangan katak dan jengking tadi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada ucapan dasar Perhimpunan Agung UMNO 2021 (PAU 2021) di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini.

Tambah beliau, bagi UMNO, tiada poligami dalam politik parti itu dan PAS harus memilih satu antara dua.

“Kita sangat berharap Muafakat Nasional (MN) yang kita wujudkan, mekar dan subur kerana ia adalah cetusan semangat perpaduan umah.

“Namun, PAS sudah buat pilihan, mereka lebih rela memeluk katak dan mandi dalam kolam penuh jengking, daripada kita yang sama-sama membentuk ruang Bernama MN, jadi kita tidak boleh buat apa pun,” katanya.

Kenyataan Ketua Puteri tersebut dilihat seperti mencetuskan teka-teki berterusan berhubung masa depan MN, malah dilihat kebanyakan pihak seperti sudah ‘terkubur’.

Malah, spekulasi mengenai ikatan kedua-dua parti itu mungkin tidak mampu dipertahankan apabila Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan ketika sidang akhbar semalam, seolah-olah menggambarkan hubungan kedua-dua parti keruh.

Beliau menegaskan, UMNO hanya akan bersama dengan mereka yang setia dan tidak bermain ‘banyak kolam’.

Mohamad juga ketika ditanya adakah ada menjemput kepimpinan PAS pada acara utama PAU kali ini, tidak menjawab secara jelas, tetapi mengatakan prosedur operasi standard (SOP) mengekang perkara itu.

“Sebab kekangan tempat, tempat tidak mengizinkan, saya cakap bersopan kan,” katanya. - Getaran, 17 Mac 2022.

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

2

Politik 3 bulan yang lalu

Pengundi Sungai Bakap Belum Pasti Mahu Undi Parti Mana

3

Politik 5 bulan yang lalu

Zahid harap MCA Berubah Hati, Bantu Kempen PRK Kuala Kubu Bharu

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Pesta Songkran: ‘Dulu Haram, Sekarang Halal Pulak?’ - Netizen

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 10 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah