web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


UMNO Perlu Laksana 3 Agenda Transformasi Demi Mandat Rakyat

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Mar 2022 2:37PM

Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pemuda UMNO menggesa parti agar segera melaksanakan tiga agenda transformasi institusi dan penjernihan budaya politik, demi memelihara sistem demokrasi serta mempertahankan mandat rakyat.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, pihaknya mencadangkan agar fungsi pendakwa raya dikeluarkan dari peranan Peguam Negara bagi menjamin kebebasan fungsi dan mampu mengelak konflik kepentingan, khususnya membabitkan pendakwaan politik terpilih.

Lantaran itu, pelantikan Peguam Negara atas nasihat Perdana Menteri tidak wajar memberi pandangan kepada kerajaan kerana dikhuatiri akan berlaku salah guna kuasa ketika melakukan pendakwaan.

“Kedua, Pemuda UMNO turut mendesak agar Akta Anti Lompat Parti perlu dibahas dan diluluskan segera. Undang-Undang ini keperluan dalam memastikan rakyat kembali percaya kepada sistem demokrasi negara.

“Rakyat perlu diberi keyakinan semula bahawa undi mereka bukan sia-sia. Nasib pemimpin negara adalah bergantung pada pilihan rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan dasar Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia 2021 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini, hari ini.

Hadir sama, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Asyraf Wajdi memaklumkan, agenda terakhir adalah menggesa Akta Pendanaan Politik disegerakan bagi segala sumber parti kewangan dapat dilaporkan secara telus.

Usaha itu, katanya, agar rakyat dapat memastikan tiada sebarang unsur rasuah dan salah guna kuasa berlaku.

“Sudah cukup banyak parti bermuka-muka konon mereka masih muda dan datang dari denyut nadi jelata.

“Kononnya dana mereka datang dari parti penyokong, sedang jutaan ringgit diterima hasil dari tauke yang melabur untuk tunduk pada kepentingan mereka semata-mata,” katanya.

Jelasnya, tiga agenda transformasi diangkat Pemuda UMNO itu adalah atas kesedaran untuk kembali menjernihkan budaya politik, memelihara sistem demokrasi dan mempertahankan mandat rakyat.

Dalam pada itu, Asyraf menegaskan terdapat keperluan untuk mendapat kerajaan teguh bersama mandat baharu, memandangkan sudah terlalu lama diperkotak-katikkan sehingga kepesatan negara yang sedang membangun, perlahan-lahan ditinggalkan negara jiran.

Menurut beliau, sebuah negara demokrasi memerlukan rakyat sebagai kata penentu keabsahan sesebuah kerajaan.

“Apabila kerajaan Barisan Nasional (BN) tumbang pada malam 9 Mei 2018, kita menghormati suara rakyat. Malahan peralihan kuasa kali pertama dalam sejarah negara, ternyata berjalan dengan tertib dan selamat.

“Meskipun perit dengan kekalahan, asuhan UMNO ajar pemimpin bahawa mandat rakyat mesti dihormati. Didikan parti kita mengajar ahlinya bahawa suara rakyat mesti sentiasa diangkat.

“Malangnya apabila rakyat memilih Pakatan Harapan (PH), mandat diberikan mulai dipermain. Harapan setinggi gunung yang diletakkan untuk mentadbir lebih baik, lebih berintegriti, cekap, beramanah kononnya, rupanya indah khabar daripada rupa.

“Sebaliknya, politik dendam membunuh pesaing, melondeh aib serta membenam peribadi pula menjadi acuan utama gabungan itu dalam mengurus kuasa, mentadbir negara,” katanya.

Sementara itu, Asyraf berkata, pemuda UMNO mahu mengusulkan agar dilakukan pindaan perlembagaan parti supaya pemilihan kepemimpinan diadakan hanya selepas setiap kali PRU.

Katanya, langkah itu bagi mengelakkan sebarang usaha untuk memporak-perandakan, melemahkan kesepaduan dan kekuatan parti.

Pada masa sama, beliau meminta supaya mana-mana pihak tidak terpengaruh dengan usaha memaksa disegerakan pemilihan parti.

Sekiranya pemilihan dilakukan sebelum pilihan raya, katanya, berapa ramai kepimpinan Pemuda akan bertukar ganti bukan kerana ditolak, tetapi disebabkan batasan umur tidak mengizinkan lagi.

“Dengan masa yang pendek, apakah kita mampu membentuk semula barisan baharu yang berpengalaman dan kuat untuk menghadapi peperangan?,” katanya.

“Usah hanyut dalam gelora pemilihan parti. Mula kembali budaya bobrok lama membawa rombongan ke sana sini, menyusun jentera, membuat pelbagai gerakan untuk mencatur dan menjatuhkan sesama sendiri. Ingatlah, jika bahtera kita karam buat kali kedua, jawatan parti pun sudah tidak bernilai lagi,” katanya. - Getaran, 17 Mac 2022.

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

2

Politik 5 bulan yang lalu

Zahid harap MCA Berubah Hati, Bantu Kempen PRK Kuala Kubu Bharu

3

Politik 6 bulan yang lalu

BN Hormati Kerusi DUN Milik Rakan Dalam Kerajaan Perpaduan, Sokong Bakal Calon

4

Semasa 7 bulan yang lalu

UMNO Tetap Dapatkan Pembelaan Untuk Najib, Harap PM Beri Kerjasama - Ahmad

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 14 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 14 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global