web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tok Mat Pandang Serius Cadangan Agenda Transformasi Buat Rakyat

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Mar 2022 6:07PM

Mohamad menyambut baik cadangan Pemuda UMNO supaya fungsi pendakwa raya dikeluarkan dari peranan Jabatan Peguam Negara. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menyambut baik cadangan Pemuda UMNO supaya fungsi pendakwa raya dikeluarkan dari peranan Jabatan Peguam Negara.

Lantaran itu, beliau memberi sokongan penuh terhadap agenda transformasi institusi dan penjernihan budaya politik negara dibangkitkan pergerakan sayap berkenaan pada Perhimpunan Agung Pemuda UMNO (PAU) 2021 hari ini.

Jelasnya, ia adalah pandangan bernas perlu diperhalusi di samping dibawa ke peringkat seterusnya dengan kadar segera.

“Ketika ini, kedua-dua tugas menasihati kerajaan dan sebagai pihak pendakwaan terletak di atas satu jawatan sahaja, iaitu Peguam Negara. Kalau dilihat banyak negara sudah pun asingkan fungsi Peguam Negara yang dilantik kerajaan. Tugas jawatan itu bagi menasihati kerajaan dan Yang Dipertuan Agong.

“Namun, pendakwaan itu apa yang saya dapat baca dari Pemuda UMNO tadi, supaya biarlah Solicitor General (Peguamcara Negara) lakukan pendakwaan, manakala Jabatan Peguam Negara sebagai institusi menasihati,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas meninjau sayap Wanita, Pemuda dan Puteri sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Mohamad menegaskan perkara berkenaan pernah disuarakannya agar fungsi pendakwa raya dikaji semula seperti dilaksanakan ketika Allahyarham Tan Sri Abdul Kadir menjadi Menteri Undang-Undang dan Peguam Negara.

“Disebabkan pemisahan itu, banyak negara yang mengamalkan konsep terbabit menjadi lebih telus dan senang untuk Peguam Negara bertugas kerana ada pemisahan antara mendakwa dan menjadi penasihat, itu diasingkan. Itu cadangan amat baik,” katanya.

Ditanya cadangan Pemuda UMNO terhadap Akta Pendanaan Politik dan Akta Anti Lompat Parti, Ketua UMNO Bahagian Rembau itu berkata, isu tersebut juga perlu dipandang serius dan diambil tindakan oleh kerajaan.

Katanya, Akta Pendanaan Politik memang menjadi hasrat UMNO ketika mentadbir negara bagi melaksanakan Rang Undang-Undang (RUU) itu supaya ia lebih jelas dan telus.

“Bagi Akta Anti Lompat Parti, itu sepatutnya dibentangkan dalam sesi ini tetapi saya dengar ia nak ditangguhkan, saya tak tahu sebab apa kerana ini lah orang kata institutional reform (pembaharuan institusi) yang ditunggu-tunggu rakyat.

“Anti lompat parti, mahupun pendanaan politik dan semuanya adalah perkara baik dibawa Pemuda UMNO yang boleh dijadikan sebagai asas perbahasan PAU esok,” katanya.

Terdahulu, Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menggesa parti agar segera melaksanakan tiga agenda transformasi institusi dan penjernihan budaya politik, demi memelihara sistem demokrasi serta mempertahankan mandat rakyat.

Beliau berkata, cadangan itu bersandarkan kepada prinsip keadilan dan mengelakkan daripada konflik kepentingan, terutama menyentuh pendakwaan politik terpilih.

Asyraf menjelaskan, Peguam Negara yang dilantik atas nasihat Perdana Menteri tidak wajar menasihati kerajaan dan pada masa sama, menggunakan kuasa bagi melakukan pendakwaan. - Getaran, 17 Mac 2022.

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

2

Politik 5 bulan yang lalu

Zahid harap MCA Berubah Hati, Bantu Kempen PRK Kuala Kubu Bharu

3

Politik 6 bulan yang lalu

BN Hormati Kerusi DUN Milik Rakan Dalam Kerajaan Perpaduan, Sokong Bakal Calon

4

Semasa 7 bulan yang lalu

UMNO Tetap Dapatkan Pembelaan Untuk Najib, Harap PM Beri Kerjasama - Ahmad

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 14 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 14 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka