web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Ada Perjumpaan Umbi Perwakilan Sendiri Ganggu PAU - Asuma Beevi

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Mar 2022 7:43PM

Asuma Beevi Mohamed Sali - Gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perwakilan Puteri UMNO meluahkan rasa kecewa dengan kewujudan gerakan yang didakwa merancang untuk mengganggu gugat perjalanan Perhimpunan Agung parti itu yang berlangsung hari ini.

Penolong Setiausaha Puteri UMNO, Asuma Beevi Mohamed Sali, mendedahkan beliau mempunyai bukti terdapat satu perjumpaan sulit diadakan malam semalam bagi tujuan berkenaan.

“Semalam saya dikejutkan dengan kiriman rakaman mengenai satu perjumpaan sulit dirancang dan dihadiri sahabat saya dari perwakilan Puteri UMNO yang menyertai persidangan (hari ini).

“Sebagai wakil pemimpin Puteri UMNO peringkat Pusat, saya cukup kecewa. Kita sebenarnya ada banyak platform untuk meluahkan pendapat dan ketidakpuasan hati kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan aluan sempena Perhimpunan Agung Pergerakan Puteri UMNO 2021 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini, hari ini.

Katanya, kemungkinan perkara tersebut berlaku atas  kegagalan beliau yang tidak dapat memberikan satu channel (saluran) yang betul untuk perwakilan Puteri UMNO meluahkan pandangan.

“Sebenarnya saya rasa malu, mungkin saya sudah memberikan ruang yang secukupnya pada anda semua untuk meluahkan rasa dan pendapat.

“Tetapi mungkin ruang itu tidak cukup sehingga anda memilih perjumpaan sulit untuk meluahkan pendapat dalam bentuk yang bakal mencalar perhimpunan hari ini,” ujarnya.

Justeru itu, Asuma Beevi berharap perjumpaan sulit itu tidak terus dipanjangkan kerana beliau sudah mempunyai semua bukti mengenai apa berlaku.

Tambah beliau, Lembaga Disiplin parti meminta butiran mengenai perkara terbabit untuk diambil tindakan sewajarnya.

“Saya cuma mohon perkara ini berakhir malam tadi, tidak dipanjangkan kerana saya dibekalkan senarai nama kehadiran dan segala butiran lengkap apa terjadi malam tadi.

“Saya juga diminta untuk memberikan segala bukti ini kepada Lembaga Disiplin untuk diambil tindakan sewajarnya,” katanya. - Getaran, 17 Mac 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 2 tahun yang lalu

Kelab UMNO Luar Negara Dilayan Kepimpinan Parti Seperti 'Anak Tiri'

2

Politik 2 tahun yang lalu

Ahli Akar Umbi 'No Hal' Jika UMNO, PAS Bercerai

3

Politik 2 tahun yang lalu

UMNO Teliti Semua Aspek Sebelum Umum Tarikh PRU-15

4

Politik 2 tahun yang lalu

Dakwaan Menteri UMNO ‘Tak Kuat Kerja’ Ibarat Pandangan Orang Luar

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 10 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 10 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini