web statsweb stats

Berita Terkini

23 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kemuncak PAU 2021 Bermula, Ucapan Dasar Presiden Dinanti

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Mar 2022 9:44AM

Ahmad Zahid menaikkan bendera UMNO 'Sang Saka Bangsa' dengan diiringi nyanyian lagu UMNO, 'Bersatu, Bersetia, Berkhidmat' oleh perwakilan yang hadir menyaksikan acara tersebut. - Gambar Azim Abd Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Hari ketiga Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021 yang menjadi tumpuan utama seluruh ahli, perwakilan dan kepimpinan parti itu, dimulakan dengan acara menaikkan bendera UMNO, ‘Sang Saka Bangsa’ di Plaza Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini, pagi tadi.

Ia disempurnakan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dengan diiringi lagu parti, ‘Bersatu, Bersetia, Berkhidmat’ oleh perwakilan yang hadir.

Ahmad Zahid tiba kira-kira jam 8 pagi bagi acara menaikkan bendera UMNO di Plaza Merdeka, WTC, pagi ini. - Gambar Azim Abd Rahman
Ahmad Zahid tiba kira-kira jam 8 pagi bagi acara menaikkan bendera UMNO di Plaza Merdeka, WTC, pagi ini. - Gambar Azim Abd Rahman

Terdahulu, ketibaan Ahmad Zahid pada kira-kira jam 8 pagi, disambut Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad; Ketua Pemuda, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan Ketua Puteri, Datuk Zahida Zarik Khan.

Turut hadir adalah Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Setiausaha Agung parti, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail membetulkan butang baju Melayu Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebelum acara menaikkan bendera UMNO di WTC, Kuala Lumpur pagi ini.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail membetulkan butang baju Melayu Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebelum acara menaikkan bendera UMNO di WTC, Kuala Lumpur pagi ini.

Acara menaikkan bendera itu dikawal rapi Skuad Sabil bagi memastikan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dipatuhi sebaiknya.

Acara hari ini sememangnya menjadi kemuncak PAU dan ditunggu-tunggu kerana ia menyaksikan pembukaan perhimpunan, termasuk ucapan dasar Ahmad Zahid.

Kemudian, acara hari ini turut menampilkan ucapan dasar perwakilan, antaranya dari setiap negeri membabitkan pelbagai topik hangat dan isu semasa.

Ditangguhkan pada Januari lalu akibat bencana banjir, PAU 2021 yang akan berlangsung empat hari sehingga esok, menjadi medan perbahasan dan perkongsian suara seluruh ahli UMNO, termasuk di peringkat akar umbi demi masa depan mereka serta parti - Getaran, 18 Mac 2022.
 

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

2

Politik 5 bulan yang lalu

Zahid harap MCA Berubah Hati, Bantu Kempen PRK Kuala Kubu Bharu

3

Politik 6 bulan yang lalu

BN Hormati Kerusi DUN Milik Rakan Dalam Kerajaan Perpaduan, Sokong Bakal Calon

4

Semasa 7 bulan yang lalu

UMNO Tetap Dapatkan Pembelaan Untuk Najib, Harap PM Beri Kerjasama - Ahmad

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Politik 10 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 10 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah