web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


BN Jangan Alpa, Lupa Rakyat Lepas Menang PRN Johor

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 18 Mar 2022 2:02PM

Onn Hafiz Ghazi - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan Negeri Johor pimpinan Datuk Onn Hafiz Ghazi perlu lebih prihatin dan memberi tumpuan utama terhadap nasib orang Melayu dan Islam di negeri tersebut. 

Presiden Ikatan Muslimin (ISMA), Muhammad Fauzi Asmuni berkata, perkara itu perlu dibuktikan kepada rakyat selepas mereka memilih Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bagi mentadbir kerajaan negeri. 

Menurut beliau, peranan sebagai kerajaan negeri perlu digunakan bagi mengukuhkan kedudukan Melayu serta Islam, selaras dengan Perlembagaan Negara dan Wasiat Raja-Raja Melayu.

"ISMA juga berharap agar parti pemerintah tidak melunturkan kepercayaan rakyat dengan bersikap pecah amanah dan khianat terhadap bangsa serta agama.

"Seandainya ini berlaku, kita yakin bahawa rakyat akan bertindak menghukum pemerintah yang khianat itu jika pilihan raya umum dilaksanakan selepas tamat tempoh nanti," katanya kepada Getaran. 

Onn Hafiz yang merupakan cicit kepada Pengasas dan Presiden UMNO, Datuk Onn Jaafar, sah dilantik menjadi Menteri Besar Johor ke-19, Selasa lalu. 

Pelantikan itu pada mulanya menjadi spekulasi dan mainan politik pelbagai pihak, selepas Datuk Ir Hasni Mohamad terlebih dahulu diuar-uarkan sebagai calon Menteri Besar BN ketika berkempen pada PRN Johor.

Pemilihan barisan Exco masih dalam perbincangan dan desas desus turut menyatakan bahawa kesemua yang akan dipilih merupakan wakil rakyat muka baharu. 

Muhammad Fauzi Asmuni
Muhammad Fauzi Asmuni

Dalam pada itu, Muhammad Fauzi menegaskan, adalah penting buat pimpinan BN khususnya pimpinan UMNO bagi menyelami mesej tersirat yang disampaikan oleh pengundi Melayu Islam melalui PRN. 

"Ini perlu diambil serius oleh wakil rakyat dan pemimpin Johor agar kehendak Melayu Islam sentiasa diambil kira dalam segenap tindak tanduk pentadbiran negeri," katanya. 

Jelas Muhammad Fauzi, ini merupakan waktu sesuai bagi kerajaan BN Johor membuktikan samada mereka mampu menstabilkan politik negeri seperti yang dijanjikan dalam manifesto kempen gabungan tersebut. 

"Keadaan kebanyakan negeri di Malaysia dilihat terumbang-ambing setelah Pilihanraya Umum (PRU) yang lalu," katanya. 

Sebelum ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan Barisan Nasional (BN) memenangi 40 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRN Johor. 

Pakatan Harapan (PH) berjaya peroleh 11 kerusi, Perikatan Nasional (PN) tiga kerusi manakala PKR dan Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) pula masing-masing satu kerusi. - Getaran, 18 Mac 2022.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah