web statsweb stats

Berita Terkini

23 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


UMNO Teliti Semua Aspek Sebelum Umum Tarikh PRU-15

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Mar 2022 4:12PM

Salah seorang perwakilan merakamkan acara perasmian Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021 di WTC, hari ini. - Gambar Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penelitian menyeluruh dan terperinci perlu dijalankan UMNO sebelum persoalan berhubung tarikh Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) serta pembubaran Parlimen disyorkan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa menegaskan, keputusan pengesahan pembubaran Parlimen tertakluk di bawah kuasa dan budi bicara baginda.

“Sebelum soal PRU-15 dinaikkan, apa yang penting adalah persoalan pembubaran Parlimen dan satu daripada tiga perkara yang menjadi kuasa mutlak Yang di-Pertuan Agong.

“Justeru, harus ada cara halus, tertib dan bijaksana mengurusnya. Bukan dengan sorak sorai tidak bertempat. Jangan mendahului kuasa mutlak Yang di-Pertuan Agong, ‘don’t take for granted’ (jangan ambil mudah),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021 di Pusat Dagangan Dunia (WTC).

Menurut mantan Setiausaha Agung UMNO itu, semua pihak sepatutnya menghormati Perlembagaan, terutama yang membabitkan kuasa dan budi bicara Yang di-Pertuan Agong, termasuk kuasa membubarkan Parlimen.

Jelasnya, menyegerakan PRU-15 adalah ikhtiar semua pihak, namun peruntukan Perlembagaan turut diambil kira sekali dalam perbincangan persoalan itu.

“Kita berada di bawah satu Perlembagaan yang juga gabungan pelbagai parti yang berada bersama kita.

“Jadi, UMNO sendiri tidak boleh membuat keputusan unilateral yang akan membawa kepada pelbagai konflik dalaman,” ujarnya. 

Dalam pada itu, beliau menyifatkan ucapan dasar Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai pendekatan yang diplomasi yang bagi mengukuhkan UMNO.

“Presiden membuat beberapa pesanan, menggunakan pendekatan hikmah bagi saya walaupun di peringkat awal ada kebimbangan dan sebagainya. Saya rasa ucapan beliau kali ini berbeza dengan ucapan terdahulunya, namun beliau menyampaikan pesanan beliau.

“Pendekatan kali ini adalah saya anggap (lunar), pendekatan boleh mengharmonikan situasi. Saya fikir ini satu pendekatan baik, ke arah tidak semestinya semua orang sependapat dengan apa beliau sampaikan,” katanya.

Sementara itu, Bendahari Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, sebarang keputusan mengenai pemilihan parti akan diambil selepas perhujung persidangan.

“Tadi hanya ucapan dasar Presiden UMNO, saya kena dengar perbahasan daripada jurucakap dari setiap negeri dan seperti biasa pendirian parti akan rumuskan selepas penghujung persidangan kali ini,” katanya - Getaran, 18 Mac 2022.

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

2

Politik 5 bulan yang lalu

Zahid harap MCA Berubah Hati, Bantu Kempen PRK Kuala Kubu Bharu

3

Politik 6 bulan yang lalu

BN Hormati Kerusi DUN Milik Rakan Dalam Kerajaan Perpaduan, Sokong Bakal Calon

4

Semasa 7 bulan yang lalu

UMNO Tetap Dapatkan Pembelaan Untuk Najib, Harap PM Beri Kerjasama - Ahmad

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 10 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 10 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini