web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Onn Hafiz Perlu Buat Usul Undi Percaya - BERSIH

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Mar 2022 8:21PM

Onn Hafiz (depan) ketika hadir pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021 di WTC. - Gambar Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi digesa membentangkan usul undi percaya bagi membuktikan beliau mendapat sokongan melalui undi majoriti di Dewan Undangan Negeri (DUN). 

Jurucakap Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) berkata, ini harus dilaksanakan berikutan Barisan Nasional (BN) telah menamakan Datuk Ir Hasni Muhamad sebagai calon Menteri Besar ketika berkempen pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, baru-baru ini. 

Jelasnya, ia dikukuhkan lagi dengan tindakan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengemukakan akuan berkanun (SD) 38 daripada 40 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN Johor kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar bagi menyokong pencalonan Hasni Mohammad sebagai Menteri Besar.

"Undi itu harus dibuat pada pertengahan penggal untuk mengesahkan keabsahan (Onn Hafiz) sebagai Menteri Besar dan mengurangkan kemungkinan pertukaran kerajaan.

"BERSIH melihat situasi semasa di Johor ketika ini berpotensi menimbulkan ketidakstabilan di Johor jika sistem itu tidak diubah untuk membolehkan DUN mengesahkan sokongannya kepada Menteri Besar baharu,” katanya, hari ini. 

Onn Hafiz yang merupakan cicit kepada Pengasas dan Presiden UMNO, Datuk Onn Jaafar, sah dilantik menjadi Menteri Besar Johor ke-19, Selasa lalu. 

Pelantikan itu pada mulanya menjadi spekulasi dan mainan politik pelbagai pihak, selepas Datuk Ir Hasni Mohamad terlebih dahulu diuar-uarkan sebagai calon Menteri Besar BN ketika berkempen pada PRN Johor.

Pemilihan barisan Exco masih dalam perbincangan dan desas desus turut menyatakan bahawa kesemua yang akan dipilih merupakan wakil rakyat muka baharu. 

Dalam pada itu, BERSIH menggesa agar kerajaan negeri meminda perlembagaan negeri dan perintah tetap DUN bagi mewujudkan mekanisme 'pengesahan undi percaya' dalam mengesahkan pelantikan mana-mana Menteri Besar baharu.

Kumpulan reformasi pilihan raya itu berkata, undi tidak percaya secara konstruktif perlu diperkenalkan di negara ini, dan amat sesuai dilakukan di peringkat DUN. 

"Dengan cara itu, Menteri Besar tidak boleh digulingkan melainkan undi itu mengandungi nama penggantinya yang diluluskan dengan majoriti mudah.

"Ia juga menyebabkan pilihan raya mengejut tidak perlu diadakan kerana Menteri Besar boleh diganti," katanya. 

Tambah BERSIH, pindaan itu akan mengelak muslihat dan polemik politik yang tidak berkesudahan. 

"Ini juga akan meningkatkan keyakinan rakyat terhadap demokrasi berparlimen dan sistem raja berperlembagaan serta memastikan kestabilan politik lebih baik,” katanya. 

Sebelum ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan Barisan Nasional (BN) memenangi 40 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRN Johor. 

Pakatan Harapan (PH) berjaya peroleh 11 kerusi, Perikatan Nasional (PN) tiga kerusi manakala PKR dan Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) pula masing-masing satu kerusi. - Getaran, 18 Mac 2022.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 14 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi