web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tun M Beri Bayangan PEJUANG Akan Bergabung Demi Tumbangkan BN

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Mar 2022 9:04PM

Dr Mahathir Mohamad - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) memberi bayangan akan bergabung dengan beberapa parti lain demi menewaskan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang. 

Pengerusi PEJUANG, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, cadangan tersebut telah disuarakan dan dicadangkan oleh beberapa ahli termasuk dari kalangan pembangkang.

Menurut beliau, pihaknya menyedari kesan buruk perpecahan dalam beberapa pilihan raya termasuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, baru-baru ini. 

“Ada kemungkinan (bergabung). Cadangan disuarakan beberapa parti pembangkang supaya tidak berpecah kerana jelas sekali berpecah menyebabkan kita kalah. Bukan sebab kita kurang sokongan.

“Sebenarnya parti yang menang ini BN hanya mendapat 35 peratus sahaja daripada undi dalam PRN ini. Tetapi dengan 35 peratus mereka menguasai dua pertiga dan mereka berhak pinda Perlembagaan negeri, "katanya, hari ini. 

Justeru, mantan Perdana Menteri itu menegaskan, perkara terbabit membuktikan BN hanyalah kerajaan minoriti walaupun telah berjaya menawan semula Johor dengan kemenangan dua pertiga majoriti. 

Bagaimanapun, Mahathir berkata PEJUANG akan melakukan kajian terperinci terlebih dahulu kerana terdapat kesan buruk yang mungkin akan timbul susulan kerjasama berkenaan.

“Itu antara cadangan yang dikemukakan oleh ahli-ahli dan ini perlu dikaji dengan mendalam kerana dulu kita tak ada kerjasama dengan parti-parti lain, (ada) kesan buruk daripada kerjasama,” katanya.

Sementara itu Dr. Mahathir yang juga Ahli Parlimen Langkawi berkata, Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) tidak seharusnya diadakan dalam masa terdekat.

Tegasnya, rakyat masih belum bersedia untuk menghadapi pilihan raya itu dan jika diadakan dalam masa terdekat boleh menyebabkan pengundi membuat pilihan yang salah.

“Saya berpendapat kalau kita ada pilihan raya dalam keadaan yang mana seluruh rakyat tidak bersedia cuma orang tertentu sahaja gembira dan ambil bahagian, kita akan mendapat keputusan yang tidak baik bagi negara. Sebab itu masa perlu diberi  supaya rakyat khususnya akan mempunyai masa untuk mereka menimbang baik-baik tentang apa yang mereka lakukan,” katanya. 

Mohamad Hasan
Mohamad Hasan

Terdahulu, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan dalam ucapan  merasmikan Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO 2021, kelmarin menjelaskan kemenangan di beberapa Pilihan Raya Negeri (PRN) menjadi petunjuk tepat PRU-15 perlu diadakan segera.

Beliau berkata, kemenangan di PRN Melaka, Sarawak dan Johor boleh dijadikan sandaran keyakinan rakyat kepada Umno dan Barisan Nasional (BN) semakin kukuh.

Menurutnya, kekalahan dan kelemahan parti lawan dalam PRN perlu dimanfaatkan dalam segala peluang dan ruang.

Ahmad Zahid Hamidi
Ahmad Zahid Hamidi

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika ucapan dasar hari ini, turut membayangkan bahawa ia akan diusulkan dalam masa terdekat kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Jelasnya, sebagai persediaan, PAU 2021 wajib mendengar suara akar umbi yang meminta agar mandat baharu diperolehi melalui PRU-15.

Justeru, beliau mengharapkan agar parti itu kembali kepada rakyat dan menyerahkan ‘kuasa’ semula kepada mereka. - Getaran, 18 Mac 2022.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 14 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 14 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka