web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Jika Pemimpin Lama Masih Berkuasa, Politik Negara Tidak Akan Pernah Stabil 

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Mar 2022 9:04AM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR- Kestabilan politik tidak akan pernah dicapai selagi pemimpin parti sedia ada masih menjadi aktor utama bagi mentadbir negara. 

Penganalisis Politik, Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff berkata, sudah tiba masanya pemimpin lama melepaskan teraju kepada kepimpinan baharu.

Menurut beliau, kepimpinan sedia ada tidak lagi relevan dan sesuai dengan senario semasa, tanpa sebarang kaitan dengan kekuatan atau kehebatan dimiliki.

“Ini khususnya buat Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri Najib Razak, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tan Sri Muhyidin Yassin, Tan Sri Abdul Hadi Awang, Lim Guan Eng dan beberapa pemimpin lain yang sudah terlalu lama memegang parti.

"Lepaslah teraju kepada pimpinan baharu. Jika mahu kekal dalam politik dan masih sayangkan parti masing-masing, jadilah pengerusi atau ketua umum sahaja. Biar urusan operasi harian parti diuruskan oleh orang baharu," katanya kepada Getaran. 

Dr Mohammad Agus Yusoff
Dr Mohammad Agus Yusoff

Mohammad Agus berkata, pengunduran pemimpin lama merupakan satu jasa kepada negara yang perlu bergerak ke hadapan dengan pantas, dan sentiasa memerlukan tenaga serta idea baharu. 

Beliau berkata, politik Malaysia perlu disuburkan dan memerlukan kesegaran selepas Pakatan Harapan (PH) memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

"Rakyat menaruh harapan besar agar negara akan berubah dari politik kleptokrat ke politik demokrat. 

"Namun, tidak tahu di mana salahnya, selepas PRU-14, bukan politik demokrat yang kita dapat, tetapi politik yang terencat," katanya, sinis.

Sejak 2018, jelasnya, walaupun Malaysia telah mempunyai tiga Perdana Menteri namun ekonomi negara masih tidak dapat diurus dengan baik, rasuah kian berleluasa, kos barang semakin naik, peluang pekerjaan terbatas serta pengangguran rakyat terus meningkat. 

Mohammad Agus  menegaskan, nilai ringgit turut merudum, tetapi malangnya, bilangan Menteri semakin bertambah manakala hutang negara terus membengkak.

"Sejak 2018, kita telah melaksanakan empat PRN iaitu Sabah, Melaka, Sarawak dan Johor. Semua ni dilakukan dalam keadaan COVID-19 masih mengganas kerana kegilaan kuasa.

"Pertanyaannya, selepas empat PRN itu, semakin majukah negeri tersebut? Dalam konteks negara pula, semakin stabilkah politik kita? Semakin yakinkah pelabur kepada negara kita? Semakin perlukah kita kepada PRU-15 dipercepatkan," soalnya. 

Beliau turut melahirkan rasa kecewa dengan tindakan parti ketika berkempen pada pilihan raya kerana masih menghidangkan isu yang kerap dimainkan seperti perkauman, penyelewengan, dan janji kestabilan. 

"Hidangannya itu menu lama dan isu basi. 

Dari segi pelaksanaan pilihan raya, SPR masih belum meyakinkan bertindak sebagai sebuah badan yang bebas dan adil. 

"Prosedur operasi standard (SOP) pilihan raya selepas negara menghadapi pandemik COVID-19 masih banyak ruang yang perlu diperbaiki," katanya. - Getaran, 19 Mac 2022.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 14 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'