web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Ahli Akar Umbi 'No Hal' Jika UMNO, PAS Bercerai

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Mar 2022 11:47AM

Gambar Azim Abd Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ahli akar umbi UMNO dilihat tidak kisah sekiranya parti itu memutuskan hubungan bersama PAS menerusi Muafakat Nasional (MN).

Pesara kerajaan, Ab Rahim Bagus, 69, berpandangan terpulang kepada PAS untuk menjalinkan kerjasama dengan mana-mana pihak yang disukai parti terbabit, khususnya Perikatan Nasional (PN), 

Namun, beliau menegaskan PAS tidak boleh memaksa UMNO dan Barisan Nasional (BN) bekerjasama dengan sesiapa yang mereka mahukan.

“PAS baru masuk bersama UMNO, itu terpulang kepada pucuk pimpinan PAS. Kita sebagai ahli akar umbi akan tetap setia pada UMNO walau apapun keputusan.

“PAS kini berpihak dan menyokong PN. Jadi, perkara ini menjadi masalah kepada BN. Barisan kepimpinan UMNO juga memandang serius hal ini, namun perkara terbabit terpulang kepada pemimpin tertinggi,” katanya.

Ab Rahim berkata demikian ketika ditemui Getaran pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021 Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini, hari ini.

Terdahulu, Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan, persoalan berhubung kemelut dan masa depan MN yang dilihat seperti digantung tidak bertali harus dirujuk kepada PAS.

Beliau berkata, perkara itu timbul disebabkan PAS seolah-olah meninggalkan kerjasama tersebut yang semakin jelas kelihatan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Malah katanya, mantan Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali turut mendedahkan keputusan PAS menyertai PN tidak pernah dirujuk kepada majlis tertinggi dalam membuat keputusan parti itu.

Ab Rahim Bagus
Ab Rahim Bagus

Dalam pada itu, Ab Rahim menyeru agar pucuk pimpinan tertinggi UMNO dan ahli akar umbi tidak berpecah hanya disebabkan perbezaan pendapat yang seharusnya diraikan bersama.

Pada masa sama, beliau yang hadir ke perhimpunan itu dari Endau, Johor bagi menghayati secara fizikal penggulungan penutupan PAU 2021 bakal disampaikan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahir Hamidi hari ini, mengingatkan ahli parti berkenaan mengambil iktibar atas kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu.

“Perkara paling penting, jangan berpecah, biar UMNO ini sebagai sebuah parti kukuh dari dulu, kini dan selamanya. Justeru, saya menyeru jangan bergaduh dan bersamalah sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

“Kalau tidak sepakat, ia akan menjadi satu masalah amat besar dan mungkin BN tidak akan mencapai kemenangan pada pilihan raya itu,” katanya.

Fauziah Ahmad
Fauziah Ahmad

Perkara sama diakui Fauziah Ahmad, 69, mahukan kepimpinan tertinggi memadang serius isu berkenaan, di samping mengharapkan permuafakatan antara UMNO diperkukuhkan dan bukan mewujudkan kem tertentu dalam parti.

“MN ini kita tak kisah dah (sudah) sekarang sebab mereka pun dah bersama PN. Itu yang kita agak kecewa. Pucuk pimpinan PAS yang perlu putuskan mereka mahu bersama UMNO atau tidak, bukannya parti kita buat keputusan.

“Saya juga melihat pemimpin UMNO masih sindir menyindir, seolah-olah ada ketidakpuasan hati di antara meraka. Jangan amalkan perkara ini. Jika tidak, isu ini menjadi kelemahan buat UMNO dan mewujudkan kekuatan kepada pihak pembangkang,” katanya.

Tambah Fauziah yang berasal dari Endau, Johor, beliau mengharapkan agar UMNO memberi tumpuan utama kepada kepada golongan muda selepas pengundi 18 tahun sudah diberi kuasa untuk menentukan pemimpin dimahukan.

“Barisan kepimpinan UMNO dan BN perlu fokus untuk tarik anak-anak muda kerana golongan tersebut masih kurang dan mula muak dengan cara politik parti kita.

“Jadi, cari alternatif solid dan kaedah terbaik bagaimana parti mahu menarik pengundi muda yang kebanyakan mereka ini berada di atas pagar. Perlu pikat hati mereka agar kita boleh menang PRU-15,” katanya. - Getaran, 19 Mac 2022.
 

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

2

Politik 5 bulan yang lalu

Zahid harap MCA Berubah Hati, Bantu Kempen PRK Kuala Kubu Bharu

3

Politik 6 bulan yang lalu

BN Hormati Kerusi DUN Milik Rakan Dalam Kerajaan Perpaduan, Sokong Bakal Calon

4

Semasa 7 bulan yang lalu

UMNO Tetap Dapatkan Pembelaan Untuk Najib, Harap PM Beri Kerjasama - Ahmad

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 12 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Politik 10 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka