web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Jangan Lupa Diri, PAS Pernah Beri 'Nyawa' Pada UMNO 

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Mar 2022 12:06PM

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang (tiga dari kanan) duduk sepentas dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pada Majlis Perasmian Perhimpunan Agung UMNO 2020 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC), tahun lepas. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pemuda PAS kecewa dengan kenyataan angkuh dan keterlaluan Datuk Zahida Zarik Khan yang menegaskan UMNO mampu berdiri teguh serta gagah tanpa sokongan parti itu.

Exco Pemuda PAS, Nurul Amin Hamid menyifatkan ucapan Ketua Puteri UMNO itu, seperti lupa diri sehingga sanggup mencaci rakan politik yang pernah memberi ‘nyawa’ kepada parti keramat berkenaan.

Menurut beliau, Zahida seharusnya mengenang jasa PAS melalui ahlinya yang berkorban bagi membantu Barisan Nasional (BN) memenangi banyak siri Pilihan Raya Kecil (PRK) selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14)

“Kini bila BN menang besar di dua negeri, perangai tunjuk besar dan berlagak kembali membarah yang dijelmakan pimpinan mereka dan terkini, ucapan Ketua Puteri UMNO sangatlah mengecewakan.

“Kita Perikatan Nasional (PN) dan PAS bersaing dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka serta Johor dengan BN atas gelanggang politik demokrasi, tetapi tidaklah sampai menghina, selain mencaci rakan yang pernah memberi nyawa,” katanya hari ini.

Zahida Zarik Khan - Gambar Syeda Imran
Zahida Zarik Khan - Gambar Syeda Imran

Terdahulu, Zahida ketika menyampaikan ucapan dasar Ketua Puteri UMNO memaklumkan UMNO mampu berdiri teguh dan gagah tanpa sokongan daripada PAS.

Menurut Ketua Puteri UMNO itu, perkara terbabit jelas kelihatan apabila BN berjaya memenangi majoriti undi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di Melaka dan Johor tanpa sokongan daripada PAS.

Pemimpin muda itu berkata, ia dibuktikan selepas BN menawarkan kerusi kepada PAS untuk bertanding di PRN Johor, namun ditolak parti pimpinan Tan Sri Abdul Hadi Awang itu.

“Sayonara (selamat tinggal) PAS, selamat tinggal PAS, bye, bye, goodbye PAS.

“Semoga bahagialah kamu dengan pasangan hidupmu di kalangan katak dan jengking tadi,” kata Zahida.

Lantaran itu, Nurul Amin yang juga Ketua Pemuda PAS Kedah menyeru ahli UMNO agar tidak meneladani pimpinan parti mereka yang angkuh, sehingga bukan sahaja sanggup mencaci rakan parti komponen, malah sesama sendiri.

“Dulu kita selalu nasihatkan parti tersebut jangan bersikap terlalu ‘abang long’ dalam menguasai tiga parti, iaitu UMNO, PAS dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) ketika muafakat politik berjalan baik atas penyatuan ummah.

“Kini timbul pula ‘kak long’ dalam UMNO yang bongkak berucap pada PAU yang menyebut sayonara PAS dan menggelar rakan kerjasama PAS sebagai katak dan jengking. 

“Ingat! Langit tak selalu cerah, sampai masa nanti, bimbang bila nyawa-nyawa ikan, toleh ke kiri dan ke kanan hanya nampak penyesalan,” katanya. - Getaran, 19 Mac 2022.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 14 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 14 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi