web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


RUU Lompat Parti : Sesi Libat Urus Sedang Dilaksana Kerajaan

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Mar 2022 2:57PM

RUU Perlembagaan (Pindaan) 2022 berhubung Anti Lompat Parti dan Pengehadan Tempoh Jawatan Perdana Menteri Sehingga 10 Tahun akan dibentangkan pada sidang khas Parlimen. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) 2022 berhubung Anti Lompat Parti perlu diperincikan secara teliti dengan mengambil pandangan dan input daripada sesi libat urus pelbagai pihak terlebih dahulu.

Lantaran itu, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina turut menyangkal dakwaan sesetengah pihak bahawa kerajaan sengaja menangguhkan RUU terbabit sehingga menjadi mainan politik.

Jelasnya, RUU itu tetap akan dilaksanakan berikutan Perkara 2.1 dalam memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani Pakatan Harapan (PH) dan kerajaan pusat pada September lalu,menegaskan pindaan bagi perkara tersebut mesti dilaksanakan dalam tempoh tidak lewat daripada Mesyuarat Pertama Parlimen 2022.

“Tiada penangguhan, namun banyak perkara perlu diperincikan berdasarkan pemahaman menerusi MoU persefahaman antara kerajaan dan pembangkang. Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob amat komited untuk wujudkan Akta Lompat Parti, cuma ia perlu diperhalusi sebaiknya.

“Sebagai contoh, sekiranya calon itu menang sebagai Bebas dan menyertai parti lain, adakah itu dianggap sebagai lompat parti atau sekiranya sesuatu parti itu melompat kepada gabungan lain. Perkara seperti ini antara yang masih belum diperhalusi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media ketika ditemui pada Perhimpunan Agung  UMNO (PAU) Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini, hari ini.

Terdahulu, RUU Perlembagaan (Pindaan) 2022 berhubung Anti Lompat Parti dan Pengehadan Tempoh Jawatan Perdana Menteri Sehingga 10 Tahun akan dibentangkan pada sidang khas Parlimen.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, ia dibentangkan sebaik pendapat dan input daripada semua pihak diperoleh, sesi libat urus selesai serta sekiranya Jemaah Menteri meluluskan.

Katanya, pembentangan RUU itu selaras dengan Peraturan 11(3) Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat dan Dewan Negara, sebaik sahaja Perdana Menteri bersetuju menggunakan kuasanya di bawah peraturan berkenaan.

Menurut Wan Junaidi, pada 15 Mac lalu, beliau sudah mengemukakan surat kepada semua pemimpin parti beserta borang soal selidik untuk dijawab bersama draf RUU untuk pandangan dan input selanjutnya.

Dalam pada itu, ditanya berkenaan pandangan perwakilan UMNO Kelantan, Datuk Zawawi Othman berkenaan penyatuan antara pemimpin UMNO, Reezal menegaskan pemimpin perlu terbuka luas di samping memandang serius terhadap perkara tersebut.

Menurut beliau, perkara itu akan menjadikan UMNO sentiasa berada di landasan kukuh dan kuat, di samping mampu menyakinkan rakyat Malaysia bahawa ia sentiasa menjalinkan permuafakatan erat antara satu sama lain.

“Walaupun pelbagai pandangan berbeza di antara Menteri UMNO, Ahli MKT dan akar umbi, kita perlu menghasilkan satu keputusan harmoni agar UMNO akan lebih jauh kukuh dan stabil berbanding pembangkang yang kini sedang dalam keadaan berpecah.

Menurut Zawawi, UMNO perlu mengambil iktibar daripada isu membelenggu PKR yang berdepan desakan baru, tidak kurang Parti Pribumi Bersatu Malaysia dan PAS sehingga ada keluar parti.

“Kita nak hindarkan agar orang tidak lagi kata kluster mahkamah, kluster menteri namun, apa yang wujud dari parti kita adalah kluster kasih dan sayang.

“Ini boleh dijadikan perkara utama untuk kita wujudkan kemenangan lebih dominan demi mencapai kestabilan negara dan kerajaan. Amat penting jika kita tekad untuk menjaga perkara itu yang mampu menjadi contoh kepada rakyat, selain memberi keyakinan kepada mereka,” katanya. - Getaran, 19 Mac 2022.
 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 15 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini