web statsweb stats

Berita Terkini

23 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Mahasiswa UMNO Minta Menteri Gagal 'Promosi' Undi 18, Lepas Jawatan

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Mar 2022 3:24PM

Perwakilan Mahasiswa UMNO menemplak Menteri yang gagal membimbing anak muda melaksanakan hak untuk mengundi supaya melepaskan jawatan. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perwakilan Mahasiswa UMNO menggesa Menteri yang gagal melaksanakan tugas dan tanggungjawab  sebaiknya supaya melepaskan jawatan disandang itu.

Wan Muhammad Zuhir Ghazali berkata, perkara itu jelas dilihat apabila, hanya sebilangan kecil anak muda turun mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Melaka.

“Mana Menteri Belia dan Sukan? Mana Menteri Pendidikan? Mereka mereka ini yang sepatutnya mendidik dan memberi kesedaran kepada orang muda serta pelajar mengenai Undi 18 tidak berbuat demikian dengan baik.

“Kalau tak boleh buat kerja, tak ada idea, letak jawatan, jangan sekadar jadi Menteri kerana ugutan undi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika perbahasan Perwakilan pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini, hari ini.

Menurut Muhammad Zuhir, anak muda masih mentah berkenaan ilmu politik, justeru mereka sepatutnya dididik dan diberi kesedaran mengenai Undi 18.

“Ia menjadi tangungjawab Menteri terbabit untuk mendidik dan membimbing anak muda melaksanakan hak mereka dalam cara betul dan adil,” katanya. 

Dalam pada itu, Muhammad Zuhir menggariskan tiga perubahan, merangkumi tawaran, tindakan dan pendekatan baharu perlu dilakukan sebagai strategi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Beliau berkata, jika mahu mendapatkan hasil berbeza, UMNO perlu berani menggunakan strategi dan pendekatan tidak sama dengan perkara dilakukan sebelum ini.

“UMNO patut, membeli hati pengundi muda, permintaan mereka berbeza daripada jangkaan biasa kita. Mereka lebih tertarik dengan tawaran masa depan untuk generasi mereka. “Kita harus lebih terkedepan menjunjung tawaran baharu untuk mereka,” ujarnya.

Wan Saiful Wan Jan
Wan Saiful Wan Jan

Mengulas lanjut, Muhammad Zuhir mencabar Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Datuk Wan Saiful Wan Jan turun dari kerusi beliau sekiranya terasa terbeban untuk melaksanakan tugasan diamanahkan dengan baik.

“Kita tengoklah, dulu bukan main janji untuk bantu pelajar institusi pengajian tinggi (IPT), permudahkan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) ke arah pendidkan percuma. 

“Namun, hari ini golongan belia memikul beban hutang yang berat sebelum memasuki alam pekerjaa,” ujarnya.

Katanya, PTPTN sebelum ini mempunyai pelbagai inisiatif untuk mengurangkan beban hutang pendidikan dalam kalangan belia, namun kini kerajaan menyingkirkan semua inisiatif tersebut.

“Dulu zaman Barisan Nasional (BN), dapat Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.7 boleh terus tukar kepada biasiswa, kalau tak mampu bayar boleh datang bincang untuk tengok berapa bayaran mampu dibayar. 

“Namun, semua inisiatif itu banyak dah (sudah) tiada dan pengerusi PTPTN pula, tidak buat apa-apa buat selain tiap-tiap bulan makan gaji buta,” katanya.- Getaran, 19 Mac, 2022.
 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 10 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 10 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 10 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global