web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tarikh PRU-15 Ditetap Bersandarkan MoU Kerajaan, Pembangkang

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Mar 2022 8:54PM

Ahmad Zahid Hamidi - Gambar Azim Abd Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) dijangka diadakan sebelum atau selepas Julai, kata Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zaid Hamidi.

Beliau berkata, bagaimanapun, tempoh itu bersandarkan tempoh akhir dalam Memorandum Persefahaman (MoU) dimeterai antara kerajaan dan parti pembangkang pada 31 Julai ini.

“Biarpun MoU itu dihormati, tentunya terdapat beberapa pertimbangan politik akan menjadi asas kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk menggunakannya sebagai penentu PRU-15.

“Tempoh terserah kepada kebijaksanaan Perdana Menteri, untuk menentukannya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas ucapan Penggulungan pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini, hari ini.

Beliau berkata, namun UMNO tidak mendesak mana-mana pihak, termasuk Perdana Menteri mengenai penentuan PRU-15.

“UMNO tidak menekan Perdana Menteri untuk membubarkan Parlimen kerana menghormati keputusan Kabinet yang dianggotai pelbagai parti, selain Barisan Nasional (BN).

“Kami memahami peraturan dan Perlembagaan kerana Perdana Menteri perlu bawa perkara ini dalam mesyuarat Kabinet sebelum dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong (Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah).

Tambah beliau, bagaimanapun cerminan keputusan PRN di Melaka dan Johor, tidak boleh dijadikan sebagai penanda aras penentuan prestasi PRU-15.

Ahmad Zahid berkata, dengan prinsip dan kesepakataan sedia ada serta perbarisan jentera pada UMNO dan Barisan Nasional (BN), pihaknya yakin rakyat mahu kembali semula memberi dokongan kepada parti Melayu terbesar itu.

Ditanya mengenai calon Perdana Menteri akan ditampilkan partinya di PRU-15, Ahmad Zahid berkata, masih terlalu awal untuk membuat sebarang keputusan mengenai isu itu. - Getaran, 19 Mac 2022
 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 10 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 10 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'