web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Keakraban 'Top 5' Pemimpin UMNO Dibuktikan Melalui Desakan PRU-15 

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Mar 2022 9:20PM

Ahmad Zahid menepis spekulasi mengenai perselisihan pendapat antara pemimpin utama UMNO. - Gambar Azim Abd Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pemimpin UMNO menyambut baik keputusan Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selepas lima kepimpinan tertinggi parti itu akan mengadakan perbincangan mengenai Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) selang 45 hari mulai hari ini.

Najib Razak - Gambar Syeda Imran
Najib Razak - Gambar Syeda Imran

Pengerusi Ahli Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Razak berkata, perkara itu membuktikan UMNO sudah bersiap siaga untuk membubarkan Parlimen, selain dilihat sudah mampu memimpin negara ke arah lebih baik.

“Pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menunjukkan perkara diperjuangkan pemimpin UMNO dapat direalisaikan.

“Ini adalah contoh bahawa UMNO kalau ada kuasa bukan untuk kemaruk, namun mahu membela bagi menentukan kesejahteraan rakyat dan membangunkan negara.

“Inilah UMNO yang meletakkan kepentingan parti mendahului segalanya bagi menentukan bilakah tarikh paling tepat untuk adakan PRU-15. Bagaimapun, kita mesti bersatu padu agar kita berjaya semula dalam pilihan raya akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Getaran selepas penggulungan sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) di di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini, hari ini.

Shamsul Anuar Nasarah - Gambar fail
Shamsul Anuar Nasarah - Gambar fail

Dalam pada itu, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah berkata, perkara itu adalah keputusan tepat yang membuktikan bahawa kepimpinan tertinggi parti mendengar suara dan pandangan daripada ahli akar umbi.

Lantaran itu, beliau percaya ahli parti Melayu terbesar itu akan akur dengan segala keputusan dibuat lima pimpinan tertinggi UMNO.

“Ini satu keputusan terbaik dan kita akan bersiap sedia bagi menghadapi segala kemungkinan seperti sudah disebutkan oleh Perdana Menteri. Paling penting, selain PRU-15, beliau juga sudah mengangkat bukan sahaja soal Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), malah memperjuangkan nasib dihadapi wanita.

“Ini membuktikan bahawa ahli politik UMNO sentiasa memperjuangkan isu rakyat. Oleh kerana itu, kita mahu parti kita berkuasa di tampuk kerajaan bagi meneruskan perjuangan. Kita tak mahu lagi wujud politik-politik retorik,” katanya.

Timbalan Pengerusi UMNO Sabah, Datuk Yakub Khan yang juga ahli MKT parti itu, melihat wujudnya persefahaman yang padu antara Presiden Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Janganlah dengar hasutan orang sekeliling. Kita tahu Perdana Menteri ini ada kelompok tertentu yang cuba menghasut untuk mengadakan pemilihan parti terlebih dulu.

“Namun kita mahukan PRU dulu barulah pemilihan parti. Rumusan daripada PAU ini menjadikan UMNO ini pada keseluruhannya itu akan menjadi pasukan yang kuat,” katanya.

Dr Zambry Abd Kadir - Gambar fail
Dr Zambry Abd Kadir - Gambar fail

Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, penubuhan sebuah sekolah politik bagi membina generasi baharu adalah sangat bertepatan dan dilihat satu ‘game changer’ untuk berhadapan realiti baharu.

“Sebuah ucapan ‘reconciliatory’ yang baik dalam menyatukan pemikiran dan tindakan semua pimpinan dan ahli UMNO ke arah menghadapi cabaran masa depan. Ini penting kerana UMNO perlu dominan dan relevan,” katanya.

Dr Asyraf Wajdi Dusuki - Gambar Syeda Imran
Dr Asyraf Wajdi Dusuki - Gambar Syeda Imran

Sementara itu, Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, walaupun timbul pelbagai spekulasi kepimpinan tertinggi berpecah, namun PAU kali ini membuktikan perkara itu tidak benar sama sekali.

Jelasnya, perkara itu menunjukkan bahawa UMNO bersedia untuk menyerahkan mandat baharu kepada rakyat, namun keputusan itu bergantung kepada pucuk kepimpinan tertinggi parti.

“Kita rasa ada tanggungjawab kita serah balik mandat kepada rakyat, cuma waktunya kita serah pada pemimpin kita untuk menentukan bila waktu sesuai kerana akhirnya Perdana Menteri yang akan membawa ke Kabinet sebelum diangkat kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah kerana itu kuasa mutlak baginda untuk tentukan boleh tidak perkara itu dilakukan.

“Kita faham dan tidak langgar perlembagaan cuma pendirian UMNO adalah sudah masanya untuk menyerahkan semula mandat kepada rakyat. Sekarang dilihat caca merba yang perlu kita letak titik noktah agar mandat sebenar kepada rakyat dapat dikembalikan semula,” katanya, - Getaran, 19 Mac 2022.
 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 15 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 14 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang