web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kit Siang Bersara Dari Politik, Tidak Bertanding PRU -15

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Mar 2022 1:35PM

Lim Kit Siang - Gambar Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Veteran DAP, Lim Kit Siang mengesahkan beliau tidak akan bertanding untuk mempertahankan kedudukannya sebagai Ahli Parlimen Iskandar Puteri pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15). 

Ahli politik berpengalaman itu turut mengumumkan persaraannya daripada arena politik dan tidak akan bertanding untuk pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (JTP) selepas 56 tahun bersama DAP. 

"Saya mengambil peluang ini untuk mengumumkan persaraan saya daripada politik dan menarik diri bertanding pilihan JTP, sila padamkan nombor 39 dari senarai calon JTP anda. Saya juga tidak akan bertanding dalam pilihan raya Parlimen atau negeri di masa hadapan.

"Selama ini saya melihat bagaimana parti kita telah berkembang dari sebuah parti pembangkang kecil yang mengambil bahagian pertama kali dalam pilihan raya umum tahun 1969, sehingga berjaya menjadi sebuah parti politik utama yang berjaya menubuh kerajaan persekutuan serta mengambil alih kerajaan di 7 negeri bersama dengan rakan-rakan kita dalam Pakatan Harapan semasa Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14)," katanya. 

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Kongres Kebangsaan DAP ke-17 di Ideal Convention Centre (IDCC), hari ini. 

Datuk Seri Anwar Ibrahim bergambar bersama Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang serta kepimpinan DAP yang lain pada Kongres  Kebangsaan DAP ke-17 di Shah Alam hari ini. - Gambar Sairien Nafis
Datuk Seri Anwar Ibrahim bergambar bersama Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang serta kepimpinan DAP yang lain pada Kongres Kebangsaan DAP ke-17 di Shah Alam hari ini. - Gambar Sairien Nafis

Kit Siang berkata, Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor adalah peringatan penting bahawa impian untuk Malaysia menjadi negara bersatu padu, demokratik, adil dan berjaya serta dihormati masyarakat antarabangsa adalah perjuangan politik jangka panjang.

Dalam proses ini, jelasnya, DAP menghadapi banyak kejayaan dan kegagalan, kemenangan serta kekalahan, namun parti itu harus kekal dengan matlamat supaya jangan sekali-kali wujud kompromi dari aspek prinsip atau cita-cita.

"DAP mewakili harapan dan aspirasi rakyat yang mahu melihat Malaysia  berdiri megah di persada dunia kerana pencapaian dalam pelbagai bidang, di samping berjaya membina negara berlandaskan ciri-ciri kemajmukan sedia ada, bukan menjadi bahan jenaka atau diperli oleh masyarakat dunia kerana kita menjunam menjadi sebuah kleptokrasi, kakitokrasi dan negara yang gagal.

"Kita mesti mencetuskan semula harapan dan keyakinan terhadap masa depan kerana  nasib negara sama ada dapat memutar semula tren kemerosotan sejak setengah abad ini adalah bergantung kepada kita semua," katanya. 

Tambahnya, semangat perpaduan, setiakawan, komitmen dan keazaman menjadi begitu penting dalam usaha untuk merealisasikan Impian Malaysia.

"Adalah penghormatan buat saya selama ini berpeluang bersama-sama dengan rakyat yang patriotik sama ada di dalam atau luar DAP untuk berganding bahu sepanjang perjalanan bagi merealisasikan Impian Malaysia.

“Usaha untuk merealisasikan Impian Malaysia mesti diteruskan sehingga berjaya, dan kini sampailah giliran anda semua untuk meneruskan perjuangan ini," katanya. - Getaran, 20 Mac 2022.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 12 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi