web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Guan Eng Dijangka Dilantik Pengerusi DAP Kebangsaan Baharu

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 20 Mar 2022 3:00PM

Lim Guan Eng - Gambar Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Pemilihan DAP menerusi Kongres Kebangsaan ke-17 parti itu dijangka penuh dengan drama dan kejutan besar, walaupun terdapat dua kem yang bakal bersaing antara satu sama lain.

Bakal melibatkan persaingan antara kem Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming, ia adalah bagi merebut 30 jawatan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) hari ini.

Menurut sumber daripada pimpinan DAP, kemenangan besar dalam pilihan raya parti itu pastinya akan berpihak kepada kem Guan Eng kerana sudah ada 'kompromi' antara satu sama lain. 

Katanya, perbincangan di antara kedua kem tersebut telah diadakan pada Jumaat lalu. 

“Kemenangan kita jangkakan lebih berpihak kepada kem Guan Eng yang juga turut dibarisi oleh pemimpin setianya sejak sekian lama seperti Anthony Loke, Kulasegaran, Gobind Singh, Tan Kok Wai, Teresa Kok, Fong Kui Lun dan ramai lagi.

"Di pihak Kor Ming, kita dapat melihat beliau turut mempunyai orang sekeliling yang kuat seperti Ngeh Koo Ham, Professor Aziz Bari, V Sivakumar dan beberapa pimpinan lain.
Jika sekiranya nanti betul Guan Eng akan menjadi Pengerusi DAP Kebangsaan, Loke sudah pasti akan dilantik sebagai Setiausaha Agung," katanya kepada Getaran, hari ini. 

Menurut sumber, beliau yakin perkara itu boleh menjadi kerana majoriti ahli mahu pimpinan baharu untuk mengemudi parti bagi meraih kemenangan besar pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). 

Dalam pada itu, pemilihan hari ini berlangsung aman berbanding tahun sebelumnya, walaupun sebelum ini ada beberapa negeri mempunyai pelbagai isu dalaman yang serius.

"Kita nak berdepan dengan parti lawan di luar sana yang juga kini semakin berkuasa. Jadi, tiada guna kalau sesama ahli parti mahu bergaduh," katanya. 

Sementara itu, jelasnya, Guan Eng masih lagi berpengaruh dalam parti walaupun kuasanya akan diserahkan kepada Loke yang akan dilantik menjadi Setiausaha Agung DAP. 

"Pengerusi dan Setiausaha Agung ini mempunyai kuasa mutlak itu. Jawatan pengerusi juga tidak akan menjejaskan apa-apa pengaruh yang ada pada Guan Eng. 

"Pengaruh beliau dan bapanya, Lim Kit Siang sangat besar dan kuat dalam parti walaupun beliau berdepan kes mahkamah," katanya. 

Jelas beliau, setelah sembilan tahun menjadi Setiausaha Agung DAP, Guan Eng yang juga mantan Menteri Kewangan sudah pasti akan menjawat jawatan baharu dalam CEC.

“Ini kerana Guan Eng tidak boleh kembali menjawat jawatan tersebut kerana had maksimum hanyalah tiga penggal seperti tertakluk dalam perlembagaan DAP,” katanya. 

Seramai 4,149 perwakilan akan menghadiri kongres sehari secara fizikal itu di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) di Shah Alam dan mengundi untuk pelbagai jawatan CEC. - Getaran, 20 Mac 2022.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 14 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka