web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


MoU Pembangkang, Kerajaan Terbatal Jika Parlimen Abai Akta Lompat Parti 

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Mar 2022 4:35PM

Lim Guan Eng (kanan) pada sidang media pada Kongres Kebangsaan DAP kali-17 di Ideal Convention Centre (IDCC), Shah Alam, hari ini. - Gambar Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik dengan kerajaan akan dimansuhkan pembangkang sekiranya pindaan Perlembagaan berkenaan akta lompat parti tidak dibentang di Parlimen, esok.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, perkara terbabit dipandang serius kerana ia adalah antara intipati MoU yang dimeterai antara Pakatan Harapan (PH) dengan Kerajaan gabungan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN).

Jelasnya, ketika ini timbul kekeliruan tentang kedudukan sama ada akta anti lompat parti akan diluluskan pada bulan Mac, seperti dijanjikan dalam MoU bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. 

“Kalau kita lihat aturan urusan mesyuarat ada cadangan untuk membentangkan pindaan Pelembagaan ini. Apapun, kita akan tahu dengan lebih lanjut perkara ini esok di Dewan Rakyat. 

"Namun, sekiranya tidak ada pindaan Perlembagaan untuk luluskan akta anti lompat parti seperti dijanjikan dalam MoU, itu sudah tidak bermakna lagi dan kita akan mansuhkannya," katanya. 

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada Kongres Kebangsaan DAP kali-17 di Ideal Convention Centre (IDCC), hari ini. 

RUU Perlembagaan (Pindaan) 2022 berhubung Anti Lompat Parti dan Pengehadan Tempoh Jawatan Perdana Menteri Sehingga 10 Tahun akan dibentangkan pada sidang khas Parlimen.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, ia dibentangkan sebaik pendapat dan input daripada semua pihak diperoleh, sesi libat urus selesai dan jika diluluskan Jemaah Menteri.

Katanya, pembentangan RUU itu selaras dengan Peraturan 11(3) Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat dan Dewan Negara, sebaik sahaja Perdana Menteri bersetuju menggunakan kuasanya di bawah peraturan berkenaan.

Menurut Wan Junaidi, pada 15 Mac lalu, beliau sudah mengemukakan surat kepada semua pemimpin parti beserta borang soal selidik untuk dijawab bersama draf RUU bagi mendapat pandangan dan input selanjutnya. 

MoU tersebut ditandatangani Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan disaksikan pimpinan kedua-dua belah pihak pada 14 September tahun lalu.

Ia sepatutnya berkuatkuasa sehingga Parlimen ke-14 dibubarkan.

Sementara itu, Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata, MoU berkenaan telah memberikan banyak manfaat kepada rakyat.

“Antaranya ialah memberikan suntikan RM45 bilion untuk menyelamatkan nyawa dan mata pencarian.

“Kebanyakan bantuan kewangan yang dinikmati dan diberikan kepada rakyat datangnya daripada suntikan RM45 bilion yang ditandatangani dalam MoU,” katanya.

Dalam pada itu, Guan Eng menegaskan partinya komited untuk tidak sama sekali mahu bekerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) susulan pengkhianatan yang dilakukan terhadap Kerajaan Pakatan Harapan (PH) dua tahun lalu.

Tegasnya, DAP tidak boleh membiarkan perkara sama berulang.

"Malangnya mandat rakyat diberikan kepada PH telah dirompak pada awal 2020 oleh ahli-ahli parlimen yang melakukan pengkhianatan atas tawaran jawatan dan kewangan.

"Berdasarkan pengkhianatan ini, DAP tidak akan bekerjasama dengan PN yang mengkhianati kita. Kalau kita ditipu sekali, itu salah mereka. Tapi kalau kali kedua kita benarkan itu salah kita," katanya. - Getaran, 20 Mac 2022.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Politik 14 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Politik 12 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad