web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


DAP Yakin PH Mampu Tumbangkan BN Pada PRU-15 

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Mar 2022 6:03PM

DAP bersedia untuk menerima kerjasama dengan mana-mana parti yang mempunyai ideologi politik sehala serta memegang nilai-nilai sama - Gambar Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - DAP menerusi Pakatan Harapan (PH) yakin dapat menewaskan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). 

Pengerusi Kebangsaan DAP, Tan Kok Wai berkata, partinya tidak gentar walaupun BN dalam rentak kemenangan selepas gabungan itu berjaya membentuk kerajaan negeri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor.

Menurut beliau, PH juga merupakan model kerjasama terbaik kerana tiada parti didakwa mampu membentuk kerajaan secara bersendirian selepas PRU-14.

"PRU mungkin diadakan dalam masa terdekat. BN mahu cuba menunggang momentum kemenangan mereka di Melaka dan Johor. 

"Kita perlu tunjukkan kepada BN yang tidak akan menyerah kalah sebaliknya percaya kemenangan berada di pihak yang berjuang demi kebenaran dan kesejahteraan rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pembukaan rasmi Kongres Kebangsaan DAP ke-17 di Ideal Convention Centre (IDCC), hari ini. 

Kongres yang bertemakan ‘Mencetus Harapan’ itu menyaksikan 93 calon termasuk Lim Guan Eng, Professor Abdul Aziz Bari, Anthony Loke Siew Fook dan Gobind Singh Deo bertanding dalam pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (JTP).

Justeru, Kok Wai menegaskan, DAP bersedia untuk menerima kerjasama dengan mana-mana parti yang mempunyai ideologi politik sehala serta memegang nilai-nilai sama.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Cheras itu menegaskan, pihaknya akan meletakkan syarat perlu dipatuhi pihak yang mahu bekerjsama agar prinsip dan matlamat parti tidak terjejas.

“Kita sentiasa terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana parti sekalipun, asalkan prinsip dan matlamat parti kita tidak terjejas melalui kerjasama seperti ini.

"DAP hanya menerima parti dengan ideologi politik sehala, parti yang memegang nilai serupa dan paling penting, kita menolak sebarang bentuk kerjasama dengan perasuah, pengkhianat, serta katak politik," katanya.

Dalam pada itu, Kok Wai berkata, Kongres Kebangsaan DAP ke-17 merupakan ucapan terakhirnya sebagai Pengerusi DAP Kebangsaan.

Bagaimanapun, beliau akan terus terlibat dalam arena politik walaupun tidak lagi memegang jawatan dalam parti.

"Pemimpin yang dipilih pada hari ini untuk tiga tahun akan datang perlu mengembalikan semula keyakinan rakyat kepada parti dan memastikan pimpinan korup disekat serta tidak kembali berkuasa.

“Persaraan politik bukanlah pilihan saya sekarang, belum lagi, namun saya memilih untuk terus berkhidmat kepada parti serta rakyat dalam peranan serta kapasiti berbeza.

“Kini Malaysia sekali lagi menunjukkan tanda-tanda ke arah kegagalan. Kita tidak mahu melihat Malaysia menjadi negara yang gagal. Kita perlu menawarkan sinar harapan kepada rakyat dengan mendapatkan mandat,” katanya. - Getaran, 20 Mac 2022.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 14 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 12 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad