web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tony Pua Tolak Pencalonan Barisan Tambahan CEC

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Mar 2022 3:05PM

Tony Pua - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mantan Ketua Publisiti Kebangsaan DAP, Tony Pua tidak mahu dicalonkan dalam barisan tambahan jawatankuasa eksekutif pusat (CEC), selepas gagal mendapat tempat dalam pimpinan utama tersebut.

Ahli Parlimen Damansara itu mengakui terkejut kerana gagal mendapat tempat dalam barisan CEC, dan tidak menjangka terlepas kedudukan dalam jawatankuasa tersebut.

“Saya telah memaklumkan kepada Setiausaha Agung baharu kami, Anthony Loke bahawa saya tidak mahu dicalonkan dalam barisan tambahan yang dilantik untuk menyertai CEC.

“Lagipun saya tidak bersedia menjadi ahli CEC yang dilantik kerana secara jelas perwakilan tidak mahukan saya disenarai dalam kepimpinan tertinggi,” katanya hari ini.

Menurut Tony, beliau kecewa dengan keputusan perwakilan DAP  namun menegaskan, tidak pernah wujud rasa menyesal selepas menganggotai CEC sejak 14 tahun lalu.

Katanya, beliau telah berusaha menarik penyertaan golongan muda yang berbakat demi meningkatkan kualiti barisan wakil rakyat DAP sejak menganggotai CEC pada 2008.

“Mungkin semangat saya dalam meningkatkan kualiti wakil rakyat kita mendatangkan kesan dan menyinggung perasaan sesetengah pihak dalam parti, terutamanya di Selangor yang menyaksikan pertama kali saya tewas dalam pemilihan jawatankuasa parti pada 2018.

“Bagaimanapun saya tidak menyesal sama sekali dalam memberi peluang kepada golongan muda dan berbakat, yang akhirnya akan menjadi asas kepada masa depan parti,” ujarnya.

Mengulas lanjut Tony Pua berkata, ini adalah kali pertama beliau gagal dipilih sejak menyertai parti itu pada 2008.

“Memang saya tidak menjangka akan mendapat undian yang terlalu tinggi, saya juga tidak menjangka akan terlepas tempat, terutamanya dalam CEC.

“Sudah pasti ia mengecewakan, tetapi saya menerima keputusan perwakilan parti dengan hati terbuka,” katanya.

Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo menerima undi terbanyak dalam pemilihan CEC pada Kongres Kebangsaan ke-17 parti itu yang berlangsung  semalam.

Tony Pua yang juga Ketua Publisiti Kebangsaan DAP, memperoleh 744 undi manakala Ong Kian Ming iaitu Penolong Pengarah Pendidikan Politik Kebangsaan DAP, memperoleh 535 undi.

Mereka ketinggalan di belakang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kapayan dari Sabah, Jannie Lasimbang, yang memperolehi 877 undi. - Getaran, 21 Mac 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

DAP Ketandusan Pemimpin India

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Pengganti Chow Kon Yeow Di Pulau Pinang Jadi Tanda Tanya

3

Semasa 3 bulan yang lalu

‘Lihat Sendiri Jumlah Permohonan Yang Diterima, Bukan Semua Orang Cina!’ - Syahredzan

4

Politik 5 bulan yang lalu

Zahid harap MCA Berubah Hati, Bantu Kempen PRK Kuala Kubu Bharu

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 8 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi