web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Hasrat Rafizi Bertanding Timbalan Presiden PKR Akan Jadi Punca Perpecahan Parti

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Mar 2022 2:17PM

Rafizi Ramli - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Hasrat mantan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli untuk membuat kemunculan semula dalam arena politik dibimbangi semata-mata mahu merebut jawatan Timbalan Presiden PKR yang akan membawa perpecahan dalam parti.

Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Damansara, Syed Badli Shah Syed Osman berkata, tindakan Rafizi dikhuatiri kerana sudah lama menghilangkan diri bersama PKR.

Pada masa sama menurut beliau, tiada keperluan bagi Rafizi untuk bertanding Timbalan Presiden PKR kerana telah mengabaikan tugasan dan amanah yang diberikan ketika dilantik sebagai Naib Presiden sebelum ini.

“Sehubungan itu, saya ingin menyarankan kepada Rafizi untuk merendahkan sedikit ego demi penyatuan parti dengan mempertahankan jawatan Naib Presiden dan seterusnya memikul tugas sebagai pengarah pilihan raya.

“Saya yakin sosok yang amat berpengalaman dan setia dengan perjuangan seperti Datuk Saifuddin Nasution Ismail amatlah sesuai diangkat sebagai timbalan presiden,” katanya, hari ini.

Dalam pada itu, Syed Badli menegaskan, pihaknya akan memberi sokongan kukuh kepada Rafizi sekiranya berjiwa besar untuk bertanding semula sebagai Naib Presiden PKR demi memperkukuhkan kedudukan parti terbabit.

“Namun, saya tidak menolak wujud kebenaran daripada hujah Rafizi berhubung kelemahan prestasi PKR dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15),” katanya.

Terdahulu, Rafizi mengambil keputusan untuk kembali ke gelanggang politik bagi membantu Pakatan Harapan (PH) dan PKR khususnya agar kembali progresif demi masa hadapan negara.

Menurut Rafizi, pendekatan yang dibawa dalam parti sebelum ini perlu dipertahankan dalam mengatasi cabaran yang dihadapi.

Tambahnya, apabila berlaku beberapa siri Pilihan Raya Negeri (PRN), politik di Malaysia sudah menjadi banyak saingan lebih daripada tiga penjuru.

“PH sebenarnya telah kehilangan pengundi atas pagar berdasarkan siri pilihan raya sebelum ini,” katanya. - Getaran, 22 Mac 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 4 bulan yang lalu

2 Timbalan Menteri Dilantik Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR

2

Politik 4 bulan yang lalu

Tubuh Jawatankuasa Pantau Janji PRK, Elak Retorik Lama - Santhara

3

Politik 4 bulan yang lalu

Pengundi India Tetap Akan Sokong PH Walaupun Kecewa - Sivarraajh

4

Politik 4 bulan yang lalu

PRK KKB: Fahmi Sangkal Dakwaan PKR Tak Bantu Kempen Calon Kerajaan Perpaduan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 14 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah