web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Setiap Idea ‘Songsang’ Najib Akan Saya Balas Dengan Fakta - Rafizi

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Mar 2022 9:06PM

Rafizi Ramli - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mantan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli menolak gesaan Pengerusi Penasihat Ahli Lembaga Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Razak agar kerajaan menyelamatkan Sapura Energy Berhad (SEB) yang kini berdepan risiko muflis melalui Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) atau Khazanah Nasional Berhad (Khazanah Malaysia).

Mantan Ahli Parlimen Pandan itu berkata, alasan Najib dilihat tidak kukuh kononnya rakyat yang memiliki institusi itu akan kerugian besar jika SEB tidak diselamatkan.

Beliau turut memberi contoh seperti kerugian kepada pemegang Amanah Saham Bumiputera (ASB) sebanyak RM4 bilion dan Maybank (RM10 bilion) yang menyebabkan kira-kira 10,000 pekerja hilang mata pencarian.

“Selepas kemenangan besar UMNO atau BN dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor, suara seperti ini yang mengambil sikap mudah membelanjakan wang rakyat untuk menutup kerugian korporat semakin kuat kedengaran.

“Rekod pentadbiran gabungan itu, terutamanya semasa Najib menjadi Perdana Menteri yang menunjukkan skandal besar dan pembaziran wang negara berlaku apabila UMNO atau BN merasakan mereka kuat serta tidak tercabar,” katanya menerusi hantaran di Facebook miliknya, hari ini.

Terdahulu, Najib menyarankan kerajaan memberi pinjaman faedah mudah atau jaminan pinjaman kepada SEB bagi menyelesaikan masalah aliran tunai seperti dilakukan kerajaan BN untuk menyelamatkan PROTON.

Mengambil contoh bagaimana PETRONAS menyelamatkan syarikat MISC pada 1998, Najib turut mencadangkan kerajaan mengarahkan syarikat itu atau Khazanah Nasional Berhad (Khazanah Malaysia) mengambil pemilikan SEB daripada PNB.

Najib berkata, beberapa kesan buruk akan berlaku jika SEB muflis, antaranya pelabur ASB, PNB, KWSP dan lain-lain tabung simpanan rakyat berdepan kerugian, selain hampir 10,000 pekerjaan bergaji tinggi akan hilang.

Dalam pada itu, Rafizi berkata, tidak adil untuk membelanjakan berbilion wang rakyat kepada beberapa syarikat korporat dalam keadaan semua perniagaan dan pekerja di segenap peringkat menghadapi kesusahan.

Tegasnya, sejumlah besar wang melebihi berbilion ringgit telah pun disuntik ke dalam SEB sejak lebih sedekad lalu.

“Walaupun terus diberi suntikan wang rakyat, SAPURA terus mengalami masalah kewangan ketika harga minyak mentah berada pada paras tinggi, berbeza dengan syarikat minyak lain yang mendapat durian runtuh apabila harga minyak mentah dunia naik.

“Sekiranya gesaan Najib ini diberi perhatian, wang rakyat yang boleh digunakan untuk membina kepakaran dan kemahiran usahawan kecil, anak-anak muda, memberi pinjaman pendidikan dan seumpamanya akan terus diperuntukkan untuk membela segelintir golongan elit, sedangkan semasa golongan elit ini bermewah hasil dari pembiayaan wang rakyat, mereka tidak pula memikirkan tanggungjawab memberi pulangan pelaburan yang baik kepada rakyat,” katanya.

Lantaran itu beliau memberi jaminan akan terus memantau isu tersebut dan membentangkan semua angka untuk mengingatkan rakyat agar tidak lagi terpedaya dengan idea pengurusan ekonomi daripada Najib.

“Saya menunggu sama ada beliau akan membalas kenyataan saya ini, seperti mana beliau begitu ghairah menjawab semua isu di media sosialnya selama ini.

“Sekembalinya saya ke arena politik, InsyaAllah, setiap idea songsang daripada Najib akan menerima maklum balas dari saya,” katanya. - Getaran, 22 Mac 2022.

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

1MDB: Dokumen Perbankan Tidak Diserah Kepada Pembelaan Kerana Tidak Relevan - Saksi

2

Semasa 7 bulan yang lalu

UMNO Tetap Dapatkan Pembelaan Untuk Najib, Harap PM Beri Kerjasama - Ahmad

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Sah, Hukuman Penjara Najib Dikurang 6 Tahun

4

Semasa 10 bulan yang lalu

Jasmine Loo Saksi Penting Dalam Perbicaraan Kes 1MDB, Najib - Pegawai Penyiasat

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 16 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 16 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi