web statsweb stats

Berita Terkini

23 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Terpalit Kes Mahkamah, Guan Eng Wajar Letak Jawatan - DAP Johor

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 23 Mar 2022 8:54PM

Dr Boo Cheng Hau - Gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengerusi Kebangsaan DAP, Lim Guan Eng digesa berundur diri daripada jawatan tersebut ekoran perbicaraan skandal rasuah yang dihadapinya ketika ini.

Skandal tersebut didakwa berlaku ketika beliau masih menyandang portfolio Ketua Menteri Pulau Pinang.

Pengerusi DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau berkata, perbicaraan kes berkenaan masih berjalan dan mana-mana pemimpin yang terpalit dengan kes mahkamah tidak seharusnya memegang jawatan penting dalam parti.

Menurut beliau, Ahli Parlimen Bagan itu sepatutnya mengambil inisiatif melepaskan jawatan bagi mengelakkan sebarang isyarat salah, sekali gus menjejaskan kedudukan parti pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

“Saya percaya Pengerusi Kebangsaan ini, adalah seorang pemimpin yang berkebolehan dan boleh membuat kemunculan semula pada bila-bila masa jika terbukti tidak bersalah di mahkamah,” katanya dalam satu kenyataan di laman Facebook.

Menurut Dr Cheng Hau, barisan jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) baharu DAP sepatutnya bebas daripada sebarang beban untuk memacu parti itu ke hadapan, dalam meraih semula keyakinan rakyat dan menghadapi PRU-15 yang semakin hampir.

Jelasnya, sukar bagi DAP untuk mengekalkan kredibiliti dan nilai terasnya jika dipimpin oleh individu yang berdepan tuduhan di mahkamah, khususnya jenayah rasuah.

“Menggunakan retorik ‘penganiayaan politik’ sebagai pembelaan secara tidak langsung memberikan tekanan yang tidak wajar terhadap sistem kehakiman, malah ia bertentangan dengan pendirian jangka panjang DAP dalam menegakkan kebebasan badan kehakiman,” ujarnya. - Getaran, 23 Mac 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Kebakaran Kilang Sebabkan Pencemaran Sungai Rinting

3

Semasa 2 minggu yang lalu

DAP Ketandusan Pemimpin India

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Pengganti Chow Kon Yeow Di Pulau Pinang Jadi Tanda Tanya

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 10 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 8 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka