web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


SOSMA Gagal Dapat Sokongan MP Bukti Kerajaan Ismail Sabri Rapuh - Ahmad Zahid

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Mar 2022 7:30PM

Ahmad Zahid Hamidi - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kegagalan Dewan Rakyat meluluskan usul untuk melanjutkan tempoh kuat kuasa Subseksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) membuktikan kerajaan sedia ada sudah tidak dihormati.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik antara kerajaan dan pembangkang juga kini dilihat hanyalah sekadar perjanjian di atas kertas.

Lantaran itu, beliau berharap agar rakyat membuka mata terhadap kerapuhan dan betapa berisikonya pentadbiran kerajaan yang dibentuk ketika ini.

“Malah, ia adalah pengajaran yang besar kepada parti politik seperti UMNO dan Barisan Nasional (BN). Jika ditanya pendirian saya serta parti, saya kira semuanya sudah sangat jelas.

“Pada masa sama, ketetapan dan pendirian kita semasa Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021 tempoh hari adalah sesuatu yang rasional dan berasas,” katanya menerusi hantaran di media sosial miliknya, hari ini.

Kelmarin, usul terbabit ditolak selepas keputusan undian belah bahagian menunjukkan hanya 84 Ahli Parlimen menyokong dan 86 Ahli Parlimen menolak, manakala 50 Ahli Parlimen lagi tidak hadir.

Kegagalan usul itu menyebabkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak dapat melanjutkan kuat kuasa Subseksyen 4(5) bermula 31 Julai depan.

Subseksyen itu bagi membolehkan polis terus menggunakan kuasa khas di bawah subseksyen itu, untuk melanjutkan tempoh penahanan individu yang ditangkap dan ditahan di bawah SOSMA sehingga 28 hari, tanpa perlu dihadapkan di hadapan majistret.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi BN menegaskan, kegagalan yang berlaku akan menguatkan semangat UMNO untuk bangkit kembali sebagai kuasa politik kuat, besar dan terhormat.

“Kita mesti berupaya membawa dasar dan usul baik tanpa perlu mengharapkan sokongan pihak lawan yang suka menangguk di air keruh.

“Yang pasti, apa yang berlaku ini (kegagalan usul SOSMA 2012) memalukan kerajaan. Ia adalah aib yang menuntut kita untuk mengukuhkan diri dengan cara strategik dan segera,” katanya.

Lantaran itu, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata, kegagalan tersebut juga mencerminkan ia harus dipandang serius oleh semua pihak yang terlibat.

Beliau mengakui terkejut tempoh kuat kuasa Subseksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) gagal menerima sokongan di kalangan Ahli Parlimen pada persidangan Dewan Rakyat, kelmarin.

“Ini kerana jika kita merujuk kepada Memorandum Persefahaman antara pihak Kerajaan (Perikatan Nasional) dan pembangkang (Pakatan Harapan), Perkara 3 dengan jelas menegaskan bahawa pihak pembangkang hendaklah bersetuju, atau berkecuali, dalam apa-apa usul yang dibawa oleh kerajaan.

“Ia sebagai salah satu langkah yang diambil bagi mewujudkan kestabilan politik dalam pentadbiran semasa,” katanya.

Namun, jelasnya, apabila usul yang dibentangkan itu gagal mendapat sokongan pembangkang, adalah wajar untuk menyimpulkan gabungan itu telah memungkiri janji, melanggar persetujuan dan mengabaikan sama sekali komitmen mereka sebelum ini.

“Pembangkang sebenarnya tidak berminat untuk mewujudkan kestabilan politik. Malah, PH sebenarnya sangat cenderung untuk melupakan janji dan komitmen mereka dengan mudah. Pada pandangan saya, tidak ada gunanya untuk kita terus berpegang pada janji mereka.

“Kerajaan pula dilihat mesti mempunyai majoriti tersendiri. Majoriti yang kuat dan tidak mengharapkan ihsan serta budi bicara pembangkang. Kerajaan dalam kedudukan sekarang tidak akan dihormati, tidak stabil dan tidak akan berupaya untuk mengemuka dan menjayakan dasar yang baik dengan lancar,” katanya. - Getaran, 24 Mac 2022.

Berita Berkaitan

1

Politik 1 bulan yang lalu

YB Awie Ikrar Berkhidmat Tanpa Kira Warna Politik

2

Politik 1 bulan yang lalu

Peluang PN Cerah Di PRK Nenggiri - Penganalisis

3

Politik 2 bulan yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

4

Politik 3 bulan yang lalu

Kesepakatan BN, PH Bolehkan Jentera Parti PRK Sungai Bakap Berjalan Lancar

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 16 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 14 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang