web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


RUU Pendanaan Politik, Lompat Parti Wajib Dibentang Di Parlimen Julai Depan

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Mar 2022 3:51PM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Akta Pendanaan Politik perlu disegerakan pada persidangan Dewan Rakyat yang dijadualkan bermula Julai depan. 

Ketua Penerangan BERJASA, Hazwan Mohamad berkata, pembentangan akta terbabit perlu dilaksanakan bersama RUU Akta Anti Lompat Parti yang tertangguh pada persidangan minggu lalu.

Beliau berkata, kedua-dua akta itu seharusnya diluluskan sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan.

“Dua RUU ini penting bagi memulihkan kembali kepercayaan rakyat terhadap sistem politik dan demokrasi negara. Ketiadaan undang-undang ini adalah antara punca mengapa rasuah dan politik wang berleluasa.

“Bagi Akta Pendanaan Politik, ahli dan parti memerlukan dana yang banyak untuk membiayai perjalanan kempen mereka.
Ada yang bergantung harap kepada dana daripada taikun perniagaan dan syarikat korporat,” katanya.

 Hazwan Mohamad
Hazwan Mohamad

Jelasnya, perkara itu sudah pasti akan menimbulkan harapan agar mereka menerima imbuhan sebagai timbal balik. 

Menurut Hazwan, senario itu memungkinkan budaya rasuah berleluasa, malah ahli politik yang menang pada PRU kelak akan berasa terhutang budi dengan pendana politik mereka.

"Lantas, segala dasar dan polisi yang bakal digubal sudah tentu tidak boleh memberi kesan terhadap sumber pendapatan taikun perniagaan berkenaan.

“Contoh, sekiranya kerajaan mahu melaksanakan kawalan harga hartanah atau menyekat kenaikan harga barang dalam industri dimonopoli taikun perniagaan tertentu sudah pasti tidak akan berjaya kerana rasa terhutang budi,” katanya. 

Pada masa itu, Hazwan berkata, hal yang sama turut berlaku apabila melibatkan keputusan untuk memberikan lesen perniagaan serta kelulusan tanah yang sudah pasti mewujudkan konflik kepentingan.

"Kitaran ini akan berterusan dari satu PRU ke PRU yang lain dan implikasinya cukup besar terhadap sistem demokrasi negara,” katanya.

Sementara itu, selain membudayakan politik wang, menurut Hazwan, senario tersebut juga menatijahkan ketidakadilan kepada parti kecil dan individu yang bebas tidak diikat dengan mana-mana taikun perniagaan untuk menawarkan diri dalam pentas demokrasi. 

Jelasnya, perkara terbabit sekali gus menjadikan sistem demokrasi di Malaysia kekal cacat.

"Saya berharap semua Ahli Parlimen tidak lagi melambatkan usaha ke arah merealisasikan Akta Pendanaan Politik kerana 116 negara di dunia telahpun mempunyai akta berkenaan.

"Malah, ada negara yang menyediakan geran khas untuk parti politik dan juga kaedah penguatkusaaan bagi memastikan ketelusan semua," katanya. - Getaran, 26 Mac 2022.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka