web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pemimpin PH Alpa, Najib Guna Aura ‘Bosku’ Pikat Semula Hati Rakyat

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Mar 2022 9:00AM

Rafizi berucap di majlis selancaran kempen Ayuh Malaysia di sini malam tadi. - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Barisan pemimpin Pakatan Harapan (PH) dilihat alpa dalam memanfaatkan kelebihah dan kekuatan dimiliki media sosial selepas menang pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-15), sehingga UMNO dan Barisan Nasional (BN) mengambil peluang itu untuk memikat kembali hati rakyat.

Mantan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli berkata, perkara tersebut menyebabkan ahli akar umbi PH mati akal dan terdiam kerana tidak mampu menyangkal semula dakwaan yang dibangkitkan parti lawan kepada PH ketika menjadi kerajaan.

“PH bila dia dah jadi kerajaan dan pemimpin menjawat Menteri, mereka dah sibuk urus kementerian menyebabkan segala informasi seperti yang dilakukan sebelum PRU-14 seperti hilang secara tiba-tiba dan tidak kukuh.

“Penyokong PH mereka mahukan informasi daripada pemimpin supaya mereka boleh jamu perkara itu jika ada parti lain menyangkal, tapi bila PH jatuh dalam media sosial dan Najib kembali menembak menyebabkan semua terdiam kerana tak mampu berbuat apa-apa,” katanya.

Beliau menyatakan demikian ketika ditemui selepas pelancaran kempen Ayuh Malaysia di sini malam tadi.

Hadir sama, Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar; Ahli Parlimen Ledang, Syed Ibrahim Syed Noh; Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasrullah Mohd Nasir dan Ahli Parlimen Tanjung Malim, Chang Lih Kang

Menurut Rafizi, pucuk pimpinan dan ahli akar umbi PH perlu membuka mata agar gabungan itu mampu menjadi kukuh dan kuat seperti yang dilaksanakan sebelum PRU-14 pada 2018.

“Kita kena wujudkan informasi dan maklumat menarik agar kita mampu melawan Najib, kita harap kita mampu lakukan seperti tahun 2018 dulu kerana yang menyokong beliau ketika itu hanyalah ‘macainya’ sahaja.

“Jadi, kita perlu lakukan sesuatu agar BN dan UMNO dapat kita jatuhkan di media sosial dan memberi kesedaran kepada rakyat betapa pentingnya untuk keluar mengundi bagi memilih pemimpin mana dimahukan demi masa depan anak-anak mereka,” katanya.

Beliau menarik perhatian, peningkatan populariti mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika ini tidak menggusarkan kerana sememangnya bekas pemimpin negara itu sudah terkenal dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebelum ini.

Rafizi memberitahu, kajian mendapati Pengerusi Ahli Lembaga Barisan Nasional (BN) itu memperoleh undian tertinggi bagi pemimpin yang bermasalah dan berperwatakan negatif.

Menurut beliau, ini membuktikan Najib tidak popular dalam kalangan rakyat namun pembohongan dilakukan Ahli Parlimen Pekan itu menjadi benar kerana tiada pemimpin berani menyangkal dakwaan tersebut.

“Setakat ini tiada siapa memilih dia pemimpin popular namun Najib pandai putar banyak perkara. Apa yang menjadikan aura bosku itu bukan sebab dia popular di mata rakyat namun kerana  bijak mewujudkan isu semasa.

“Pada masa sama, tiada kecaman hebat daripada orang ramai dan pemimpin, jadi walau dia cakap bohong perkara itu akan jadi benar.

“Walau nampak dia seperti terkenal namun dari segi kajian, dia tidak sebenarnya. Malah, Tan Sri Muhyiddin Yassin lebih popular daripada Najib,” katanya. - Getaran, 27 Mac 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Rafizi Arah Pasukan Guaman Saman Wan Ahmad Fayhsal

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Kerajaan Sudah Putuskan Tarikh Rasionalisasi Subsidi Diesel - Rafizi

3

Semasa 8 bulan yang lalu

'Kita Dengar, Kita Jelaskan Dan Kita Ambil Tindakan' - Rafizi

4

Semasa 8 bulan yang lalu

Lebih Sejuta Sudah Mendaftar Dengan PADU - Rafizi

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 16 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'