web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PH Perlu Bangkit Kembali Menjadi Parti Dekat Di Hati Rakyat

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Mar 2022 3:11PM

Nurul Izzah berkata rakyat ketika ini benci dan muak dengan suasana politik negara. - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pakatan Harapan (PH) perlu bangkit semula menjadi gabungan yang kembali dipercayai rakyat seperti pernah dikecapi selepas menang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar berkata, rakyat ketika ini benci dan muak dengan suasana politik negara sehingga menyebabkan mereka tidak mahu keluar mengundi ketika pilihan raya diadakan.

Menurut beliau, PH dan PKR perlu bersiap siaga menghadapi PRU-15 dan perlu memikat hati masyarakat bagi membuktikan gabungan tersebut berbeza daripada Barisan Nasional (BN) serta Perikatan Nasional (PN).

“Kempen Ayuh Malaysia ini memastikan kita dapat mengubah masa depan pengundi, sikit pun hasilnya tak mengapa namun cara ini adalah yang terbaik untuk Malaysia. Inilah masanya namun ianya bukan mudah.

“Kita meneliti suasana di Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, ramai yang marah dengan ahli politik sekarang. Saya terima perkara itu dan membuktikan mereka mahukan lebih baik daripada pemimpin. Ramai dah kecewa dengan politik sebenarnya,” katanya.

Beliau menyatakan demikian pada pelancaran kempen Ayuh Malaysia di sini, malam tadi.

Sebagai pemimpin jelas Nurul Izzah, mereka perlu meyakinkan rakyat bahawa setiap undi adalah amat bernilai.

“Kempen ini merupakan gerakan dalam usaha untuk kita mengubah landskap politik Malaysia dengan lebih baik demi masa depan generasi baharu,” katanya.

Menurut beliau, PKR bimbang pelbagai polisi dan dasar yang dilaksanakan kerajaan ketika ini memberi bebanan serta mempengaruhi aspek kehidupan orang awam.

“Menjadi kebimbangan kepada isu bagaimana realiti sekarang kleptokrat sedang dijulang selain kestabilan ekonomi dan mengapa Malaysia alami penutupan sekolah paling lama. Kita juga berusaha untuk mengupayakan wanita di setiap industri pekerjaan.

“Justeru, kempen Ayuh Malaysia bukanlah khusus untuk PKR namun gerakan pimpinan muda yang berpengalaman dengan harapan untuk menarik lebih ramai penyertaan, khasnya anak muda bagi menyertai politik. Wanita juga jangan ketinggalan sertai kempen ini,” katanya.

Sementara itu, Nurul Izzah menegaskan sekuriti makanan serta guna pakai tenaga boleh diperbaharui menjadi antara teras utama bagi kempen tersebut.

Pada masa sama, beliau berkata, pihaknya juga akan memberi keutamaan kepada Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) bagi memperkasa dan melahirkan lebih ramai pelajar berkemahiran bidang itu.

“TVET perlu diperkasakan kerana jika dipandang ringan akhirnya generasi kita tidak mampu menepati kebolehan menepati pasaran buruh. Kita kena beri maruah dan pengiktirafan kepada golongan vokasional.

“Di Jerman, TVET ini yang mengupayakan ekonomi di negara tersebut. Jadi, kerajaan perlu fokus kan perkara itu sebenarnya. Kerajaan juga perlu wujudkan undang-undang baharu yang menghapuskan sistem kroni,” katanya. - Getaran, 27 Mac 2022.

Berita Berkaitan

1

Politik 4 bulan yang lalu

2 Timbalan Menteri Dilantik Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR

2

Politik 4 bulan yang lalu

Tubuh Jawatankuasa Pantau Janji PRK, Elak Retorik Lama - Santhara

3

Politik 4 bulan yang lalu

Pengundi India Tetap Akan Sokong PH Walaupun Kecewa - Sivarraajh

4

Politik 4 bulan yang lalu

PRK KKB: Fahmi Sangkal Dakwaan PKR Tak Bantu Kempen Calon Kerajaan Perpaduan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 16 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang