web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Lebih Baik Bubar Parlimen Jika MP Kerajaan Tidak Hadir Sokong SOSMA

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Mar 2022 4:59PM

Zahidi Zainul Abidin - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik perlu dibatalkan bagi memberi laluan kepada pembubaran Parlimen, agar Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) boleh diadakan pada kadar segera.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata, ini bagi membolehkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) segera menerima mandat baharu.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata, ia susulan tindakan segelintir Ahli Parlimen kerajaan yang sengaja tidak menghadiri sesi pengundian di Parlimen baru-baru ini.

“Saya mendapat maklumat ada kumpulan dari kerajaan dalam kalangan UMNO sendiri sengaja tidak hadir ketika sesi pengundian usul lanjutan tempoh kuat kuasa Subseksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) di Parlimen.

“Tindakan tersebut sekali gus menyebabkan usul kerajaan yang dibawa Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin itu tewas,” katanya, hari ini.

Kerajaan pada sesi itu gagal mendapatkan sokongan ahli Dewan Rakyat untuk melanjutkan tempoh kuat kuasa subseksyen 4(5) Akta SOSMA selama lima tahun lagi dan mengekalkan tempoh tahanan selama 28 hari.

Ini kerana 86 Ahli Parlimen tidak bersetuju, walaupun keputusan undian selepas itu dipinda kepada 85 setelah berlaku kekhilafan.

Pada sesi terbabit, 84 Ahli Parlimen menyatakan persetujuan manakala 49 lagi tidak menghadirkan diri.

Bagaimanapun, ia tidak mengubah kemenangan yang memihak kepada blok pembangkang.

Daripada jumlah wakil rakyat yang tidak hadir, seramai 31 ahli Parlimen kerajaan dilihat ponteng sebelum undian dimulakan.

Antaranya ialah Ahli Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Razak; Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan; Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor dan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Zahidi menegaskan, tindakan itu membuktikan sebahagian Ahli Parlimen UMNO tidak bersetuju dengan usul yang dibawa oleh Menteri dari BERSATU.

“Dapat dilihat yang sengaja tidak hadir pun ada kononnya tidak setuju dengan BERSATU dan antaranya Presiden (UMNO) sendiri pun tidak hadir.

“Apabila berlaku keadaan seperti itu, lebih baik bubar sahaja (Parlimen) memandangkan dalam sama-sama kerajaan pun tidak bersetuju,” katanya.

Tambah Zahidi yang juga Ketua UMNO Bahagian Padang Besar, hasrat untuk menyegerakan PRU-15 juga selaras dengan kehendak perwakilan yang disampaikan dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021, baru-baru ini.

“Untuk kebaikan kerajaan dan negara sendiri segerakan sahaja PRU-15. Apabila berlaku situasi seperti ini, keyakinan pelabur pun kurang, politik juga tidak stabil. Kalau tidak ada kestabilan, tidak ada pelabur yang ingin melabur di negara kita,” katanya. - Getaran, 27 Mac 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 1 bulan yang lalu

YB Awie Ikrar Berkhidmat Tanpa Kira Warna Politik

2

Politik 1 bulan yang lalu

Peluang PN Cerah Di PRK Nenggiri - Penganalisis

3

Politik 2 bulan yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

4

Politik 3 bulan yang lalu

Kesepakatan BN, PH Bolehkan Jentera Parti PRK Sungai Bakap Berjalan Lancar

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 16 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 16 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 16 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini