web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Walau Dingin, Pemilihan PKR Tidak Akan Pecahkan Parti - Fahmi

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Mar 2022 8:58PM

Fahmi Fadzil - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil menyangkal dakwaan pemilihan PKR yang akan bermula 13 hingga 18 Mei nanti boleh menyebabkan perpecahan parti menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Beliau menegaskan, pemilihan parti adalah satu proses demokrasi.

Pengarah Komunikasi PKR itu mengakui, ia akan menyebabkan berlakunya perang dingin, namun yang membezakan kebingitan dan kekacauan adalah disiplin.

“Jadi, peringatan daripada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar semua yang ingin bertanding dan terlibat dalam proses pemilihan menjaga tatasusila etika serta disiplin parti.

“Dalam mesyuarat pimpinan pusat terakhir yang kami buat Khamis lalu ditegaskan lembaga disiplin akan memainkan peranan yang aktif untuk memastikan aspek disiplin etika dan tatasusila di kalangan anggota parti terutama sewaktu pemilihan, terjaga,” katanya, hari ini.

Dalam pada itu, Fahmi berkata, pemilihan PKR dijangka akan memperlihatkan pertandingan sengit melibatkan jawatan timbalan dan naib-naib presiden.

Bagaimanapun, menurut beliau, persaingan sengit itu tidak melibatkan jawatan presiden kerana pemilihan pada kali ini berbeza dengan yang pernah diadakan sebelum ini.

“Saya lihat mungkin untuk timbalan presiden tapi untuk naib presiden sengit juga. Pemilihan kali ini berbeza dengan yang dahulu  apabila jawatan untuk Majlis Pimpinan Pusat atau MPP itu akan dipilih melalui perwakilan pada kongres 24 jun.

“Manakala jawatan untuk presiden, timbalan dan naib-naib presiden untuk pusat sayap wanita AMK akan dibuat melalui pemilihan di peringkat cabang.

“Jadi, ada perbezaan dari segi proses itu tapi yang saya rasa paling sengit adalah bagi jawatan timbalan dan naib presiden,” katanya.

Terdahulu, Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memaklumkan pemilihan parti itu bagi sesi 2022 hingga 2025 ditangguhkan ke tarikh baharu bermula 13 hingga 18 Mei ini.

Jelasnya, penangguhan yang selaras dengan peruntukan Fasal 47.3 Perlembagaan PKR itu dimaklumkan beliau menerusi notis pekeliling, baru-baru ini.

Saifuddin berkata, pemilihan parti akan dijalankan menurut kaedah dan peruntukan baharu, sesuai dengan ketetapan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) dalam mesyuarat pada Isnin.

Sebelum ini, PKR memaklumkan akan mengadakan pemilihan bagi pemegang jawatan 2022 hingga 2025, bermula 22 hingga 29 April ini, dengan tempoh pencalonan akan diadakan pada 11 sehingga 19 Mac 2022.

Seterusnya, Kongres Nasional PKR pula akan menyusul selepas pemilihan yang dijadual diadakan pada 10 hingga 12 Jun ini. - Getaran, 27 Mac 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 16 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Tindakan Platform Media Sosial Kekang Jenayah Masih Lemah - Fahmi

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Pemandu Bas Muat Naik Video Kanak-Kanak: MCMC Diminta Beri Kerjasama Kepada Polis

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Pengamal Media Guna Pelan Pascabayar, Prabayar Terima Rebat Sempena Bulan Kebangsaan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 14 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Politik 16 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi