web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Asyraf Wajdi Perlu Tegas Banteras Rasuah, Jangan Bagi Muka Pada Kluster Mahkamah

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Mar 2022 3:08PM

Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki perlu lebih agresif dalam melakukan desakan terhadap golongan yang terpalit isu integriti agar tidak lagi melibatkan diri dalam politik UMNO.

Penganalisis politik, Mohd Azam Mohd Atan menegaskan, desakan tersebut mencerminkan apa yang diperjuangkan oleh Asyraf Wajdi bukan hanya sekadar omong kosong.

Menurut beliau, perjuangan Asyraf Wajdi sebenarnya sudah bermula ketika berucap pada Perhimpunan Agung UMNO 2021, apabila menuntut partinya segera memulakan penjernihan budaya politik dengan menanam rasa benci serta jelik kepada sebarang bentuk korupsi, rasuah dan hipokrasi.

“Ketika mengulas mengenai Exco Johor yang dilantik semalam, Asyraf Wajdi berkata, enam Pemuda Barisan Nasional (BN) yang dilantik dalam pentadbiran negeri dinasihatkan agar menolak sebarang bentuk rasuah dan salah guna kuasa ketika menjalankan tugas.

“Asyraf Wajdi menegaskan mereka perlu menjalankan tanggungjawab dengan penuh amanah dan berintegriti dengan mengutamakan rakyat berbanding diri sendiri,” katanya kepada Getaran.

Terdahulu, Asyraf Wajdi yang juga Pengerusi Pemuda BN meminta enam ahli Pemuda BN berkenaan menolak sebarang bentuk rasuah dan salah guna kuasa.

Beliau dalam pada itu turut mendoakan semua pemuda BN yang dilantik itu sentiasa dipelihara Allah dan dikurniakan hikmah untuk melaksanakan amanah.

“Jalankan tanggungjawab dengan penuh amanah, berintegriti dan mengutamakan rakyat berbanding diri sendiri.

“Semua perlu menolak sebarang bentuk rasuah dan salah guna kuasa dan bekerjalah dengan sepenuh jiwa demi rakyat dan kecemerlangan negeri,” katanya.

Mengulas lanjut Mohd Azam berkata, mantan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu juga layak dilantik sebagai Ketua Anti Rasuah UMNO bagi menyekat rasuah dan salah guna kuasa berlaku di kalangan pemimpin parti tersebut.

“Apa yang diucapkan oleh Asyraf Wajdi itu semuanya benar belaka dan amat dialu-alukan untuk membasmi rasuah dalam negara sehingga ke akarnya.

“Cumanya yang menjadi tanda tanya, adakah apa yang diperkatakan oleh Asyraf Wajdi itu tidak diambil pusing oleh ‘kluster mahkamah’ yang masih berkuasa dalam UMNO ataupun suara Asyraf Wajdi tidak laku, dipandang sepi dan hanya diibaratkan seperti mencurah air ke daun keladi,” katanya.

Beliau menarik perhatian, perkara itu terbukti apabila mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang didapati bersalah oleh mahkamah membabitkan penyelewengan dana RM42 juta SRC International Sdn Bhd, masih memegang jawatan Pengerusi Lembaga Penasihat BN.

Katanya, Asyraf melakukan tindakan yang tepat pada 2018 apabila mendesak Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bercuti dan berehat seketika daripada menjalankan tugas sebagai presiden parti itu sehingga kesnya selesai di mahkamah.

“Asyraf Wajdi pada ketika itu menegaskan, ia bagi memberi peluang kepada Ahmad Zahid yang berdepan 45 tuduhan rasuah dan pecah amanah, untuk menumpukan usaha membersihkan nama di mahkamah.

“Kata Asyraf Wajdi, adalah tidak adil membebankan presiden parti yang berdepan dengan banyak pertuduhan untuk terus memimpin parti dalam keadaan UMNO perlu bergerak pantas,” katanya.

Ahmad Zahid bagaimanapun sehingga kini masih memegang jawatan Presiden UMNO dan Pengerusi BN walaupun kes dihadapinya masih berjalan di mahkamah. - Getaran, 28 Mac 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

2

Semasa 5 hari yang lalu

2 Bekas Pengasuh Mengaku Tidak Bersalah Dera Bayi Di Taska

3

Semasa 6 hari yang lalu

Alif Teega, Aisyah Hijanah Didakwa Salah Guna Wang Infak Lebih RM1.52 Juta

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Alif Teega Didakwa Salah Guna Wang Lebih RM60,000

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 16 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi