web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Suara Wanita Harus Diangkat, Fuziah Salleh Calon Sesuai Naib Presiden PKR

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Mar 2022 8:58PM

Fuziah Salleh - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh dilihat mempunyai kredibiliti sebagai Naib Presiden PKR, selaras dengan perlembagaan parti yang mengiktiraf martabat dan peranan wanita sebagai tonggak serta penggerak masyarakat.

Setiausaha Wanita PKR, Nor Azrina Surip berkata, fasal 5.14 perlembagaan parti mensyaratkan bahawa keupayaan wanita perlu diperkasakan bagi mencapai kesaksamaan dalam kepimpinan.

Menurut beliau, sekurang-kurangnya 30 peratus wanita harus dilibatkan dalam kepimpinan parti yang perlu dicerakinkan dalam bentuk perlaksanaan dan kesungguhan.

“Majlis Pimpinan Wanita Pusat (MPWP) yang bermesyuarat pada 25 Mac lalu, memutuskan untuk mengangkat suatu lagi keputusan besar yang pastinya akan menambah nilai kepada apa termaktub dalam perlembagaan parti.

“Justeru, MPWP dengan ini telah sebulat suara memutuskan untuk menamakan Ketua Wanita PKR, Fuziah Salleh sebagai calon Naib Presiden parti dalam pemilihan yang akan bermula 13 hingga 18 Mei nanti,” katanya kepada Getaran, hari ini.

Nor Azrina berkata, pihaknya berbangga apabila wanita PKR sudah diberi peranan dalam menguruskan pentadbiran parti.

Menurut Ahli Parlimen Merbok itu, perkara terbabit dibuktikan apabila jawatan penting PKR seperti Pengarah Jawatankuasa Pilihanraya Pusat (JPRP) dan Pengarah Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) diterajui oleh wanita yang keupayaan dan kebolehannya tidak boleh disangkal.

“Menyedari dan mengiktiraf keanggotaan wanita melebihi 40 peratus daripada 1.2 juta anggota PKR serta semangat dalam mengimbangi suara golongan itu dalam negara, maka melalui Fasal 5.14, kita merasakan sudah tiba masanya parti menterjemahkan jumlah representasi wanita.

“Ini khusus buat ahli wanita PKR yang berada dalam barisan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) bagi memenuhi kehendak perlembagaan parti,” katanya.

Mengulas lanjut Nor Azrina berkata, perkara itu harus diterjemahkan dengan memastikan tidak kurang daripada tujuh pimpinan wanita PKR yang mendapat undian tertinggi dalam pemilihan itu nanti dilantik secara automatik sebagai Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP).

“Lantaran itu, wanita PKR menyeru semua perwakilan untuk sama-sama mengangkat agenda ini,” katanya.

Terdahulu, Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memaklumkan pemilihan parti tersebut bagi sesi 2022 hingga 2025 ditangguhkan ke tarikh baharu iaitu 13 hingga 18 Mei ini.

Jelasnya, penangguhan yang selaras dengan peruntukan Fasal 47.3 Perlembagaan PKR itu dimaklumkan menerusi notis pekeliling, baru-baru ini.

Saifuddin berkata, pemilihan parti akan dijalankan menurut kaedah dan peruntukan baharu, sesuai dengan ketetapan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) dalam mesyuarat pada Isnin.

Sebelum ini, PKR memaklumkan akan mengadakan pemilihan bagi pemegang jawatan 2022 hingga 2025, bermula 22 hingga 29 April ini, dengan tempoh pencalonan pada 11 sehingga 19 Mac 2022.

Seterusnya, Kongres Nasional PKR pula akan menyusul selepas pemilihan yang dijadual diadakan pada 10 hingga 12 Jun ini. - Getaran, 28 Mac 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Harga Gula Tak Naik - Fuziah

2

Politik 4 bulan yang lalu

2 Timbalan Menteri Dilantik Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR

3

Politik 4 bulan yang lalu

PRK KKB: Fahmi Sangkal Dakwaan PKR Tak Bantu Kempen Calon Kerajaan Perpaduan

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Noktah Kemiskinan Tegar, Isu Kewarganegaraan Dibincang Bersama MPN PKR Sabah - Anwar

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 16 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah