web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Fuziah Salleh Ada Pesaing, Nik Nazmi Mahu Tanding Naib Presiden

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Mar 2022 8:52PM

Nik Nazmi Nik Ahmad - Gambar dari Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad mengumumkan akan bertanding jawatan Naib Presiden PKR pada pemilihan parti, Mei nanti.

Beliau komited untuk mengambil bahagian dalam pemilihan parti kali ini selepas mantan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli kembali ke pentas politik dan menawarkan diri untuk bertanding sebagai Timbalan Presiden PKR.

Nik Nazmi berkata, pemilihan PKR itu memberi peluang kepada parti untuk bangkit semula selepas kecewa dengan tindakan ‘Langkah Sheraton dan keputusan teruk Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan PRN Johor.

“Pengumuman Rafizi untuk kembali aktif dan bertanding Timbalan Presiden, disambut positif semua ahli PKR termasuk orang ramai yang mahu parti alternatif selain Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN).

“Saya berhasrat membantu usaha tersebut, jadi dengan ini saya menawarkan diri bertanding sebagai Naib Presiden PKR,” katanya menerusi video dikongsikan di Twitter milik, hari ini.

Dalam pada itu, Nik Nazmi mengharapkan agar pemilihan parti pada tahun ini berjalan dengan lebih baik, di samping berlangsung dalam suasana harmoni sebagai keluarga besar PKR.

Jelasnya, pemilihan yang diadakan pada 13 hingga 18 Mei nanti bukan soal mengejar jawatan, sebaliknya mencipta wawasan untuk memenangi hati pengundi bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

“Saya yakin ini adalah gandingan terbaik iaitu Presiden, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden, Rafizi Ramli (calon) bersama gandingan pasukan pelbagai kaum dari Perlis hingga ke Sabah.

“Gandingan itu akan mampu membuktikan PKR sebagai sebuah parti bukan sahaja relevan untuk hari ini, malah sehingga ke masa depan untuk generasi anak cucu kita,” katanya.

Kelmarin, Majlis Pimpinan Wanita Pusat (MPWP) memutuskan untuk mencalonkan Ketua Wanita PKR, Fuziah Salleh sebagai Naib Presiden parti dalam pemilihan tersebut.

Setiausaha Wanita PKR, Nor Azrina Surip berkata, Ahli Parlimen Kuantan itu dilihat mempunyai kredibiliti dalam memegang jawatan tersebut, selaras dengan perlembagaan parti yang mengiktiraf martabat dan peranan wanita sebagai tonggak serta penggerak masyarakat.

Tegasnya, fasal 5.14 perlembagaan parti mensyaratkan bahawa keupayaan wanita perlu diperkasakan bagi mencapai kesaksamaan dalam kepimpinan, malah sekurang-kurangnya 30 peratus kaum hawa harus dilibatkan dalam kepimpinan parti yang perlu dicerakinkan melalui bentuk perlaksanaan dan kesungguhan.

Lantaran itu, menurut Nor Azrina, ia harus diterjemahkan dengan memastikan tidak kurang daripada tujuh pimpinan wanita PKR yang mendapat undian tertinggi dalam pemilihan berkenaan nanti dilantik secara automatik sebagai Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP).

Terdahulu, Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memaklumkan pemilihan parti itu bagi sesi 2022 hingga 2025 ditangguhkan ke tarikh baharu bermula 13 hingga 18 Mei ini.

Jelasnya, penangguhan yang selaras dengan peruntukan Fasal 47.3 Perlembagaan PKR itu dimaklumkan beliau menerusi notis pekeliling, baru-baru ini.

Saifuddin berkata, pemilihan parti akan dijalankan menurut kaedah dan peruntukan baharu, sesuai dengan ketetapan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) dalam mesyuarat pada Isnin.

Sebelum ini, PKR memaklumkan akan mengadakan pemilihan bagi pemegang jawatan 2022 hingga 2025, bermula 22 hingga 29 April ini, dengan tempoh pencalonan akan diadakan pada 11 sehingga 19 Mac 2022.

Seterusnya, Kongres Nasional PKR pula akan menyusul selepas pemilihan yang dijadual diadakan pada 10 hingga 12 Jun ini. – Getaran, 30 Jun 2022.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 16 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 16 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'