web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pengarah Eksekutif SEB Dibayar RM983 Juta Ketika Najib Jadi PM

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Mar 2022 1:54PM

Rafizi membuat pendedahan mengenai SEB di laman Facebooknya. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mantan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli mendedahkan pengarah eksekutif Sapura Energy Bhd (SEB) menerima kira-kira RM983 juta dalam pelbagai bentuk dari 2009 hingga 2018 ketika Datuk Seri Najib Razak menjadi Perdana Menteri.

Beliau berkata, beberapa rekod kewangan SEB sejak sedekad lalu banyak mengundang kontroversi terutamanya berhubung bayaran kepada barisan pengarah eksekutif yang juga mewakili beberapa pemegang saham terbesar syarikat korporat tersebut.

Menurut Rafizi, sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan ketika itu, Najib seharusnya memikul amanah ketika memberi hala tuju, dalam memastikan institusi dana rakyat seperti Permodalan Nasional Bhd (PNB) dan Kumpulan Wang Amanah Persaraan (KWAP) mendapat nilai terbaik daripada pelaburan yang dijalankan.

“Malangnya, 90 peratus atau RM983 juta dari bayaran RM1,096,717,000 (dalam bentuk gaji, upah, sewa serta yuran harta intelek) kepada pengarah eksekutif yang secara jelas tidak adil kepada PNB dan KWAP berlaku dalam tempoh Najib menjadi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan sekitar 2009 hingga 2018.

“Semasa dia ada kuasa dan pengaruh untuk memastikan ribuan kakitangan SEB tidak terjejas periuk nasi mereka, memastikan syarikat kecil yang menjadi vendor syarikat itu mendapat bayaran dan pelaburan rakyat mendapat pulangan yang sewajarnya, di mana suara Najib ketika itu?” soalnya menerusi hantaran di Facebook rasminya, hari ini.

Terdahulu, Najib menafikan dakwaan Rafizi bahawa kerajaan sudah menyuntik berbilion ringgit ke dalam Sapura Energy Berhad (SEB) sejak lebih sedekad lalu.

Beliau berkata demikian selepas Rafizi tidak bersetuju dengan gesaan Najib agar kerajaan menyelamatkan SEB melalui Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) atau Khazanah Nasional Berhad (Khazanah Malaysia) yang berdepan risiko muflis.

 

31 Mac 2022 MANA SUARA NAJIB KETIKA RM983 JUTA DIBAYAR KEPADA PENGARAH EKSEKUTIF SAPURA SEPANJANG NAJIB JADI PERDANA...

Posted by Rafizi Ramli on Wednesday, March 30, 2022

Mantan Presiden UMNO itu menjelaskan, dakwaan tersebut tidak berasas sama sekali.

Sebaliknya beliau mendakwa, suntikan sejumlah besar wang dilakukan menerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB) ketika Pakatan Harapan (PH) menjadi kerajaan pada 2019.

Mengulas lanjut Rafizi menegaskan, sebarang permasalahan kewangan yang berlaku kepada mana-mana syarikat korporat tidak boleh melibatkan wang rakyat kerana bakal mewujudkan kelemahan dalam budaya urus tadbir.

Pada masa sama, mantan Naib Presiden PKR itu berkata, syarikat yang diselamatkan menggunakan wang rakyat tidak akan memiliki sebarang inisiatif untuk memulihkan kedudukan mereka.

“Selain gaji, bonus dan upah kepada pengarah eksekutif mencecah ratusan ribu ringgit setiap hari, beliau juga dibayar sewa tahunan oleh Sapura oleh syarikat berkaitan yang mereka wakili. Sejumlah RM149 juta dibayar sebagai sewa dalam tempoh 2013 hingga 2021.

“Yuran harta intelek (IP) pula dibayar sebanyak RM439 juta dalam tempoh 2013 hingga 2021. Saya difahamkan ia adalah yuran bagi membolehkan SEB menggunakan nama ‘SAPURA’ yang dilesenkan oleh pemegang saham diwakili pengarah eksekutif,” katanya.

Bagi tempoh 2009 hingga 2021, Rafizi berkata, SEB telah membayar dividen kepada semua pemegang saham sebanyak RM683 juta.

“Analisis kewangan bagi tahun itu menunjukkan SEB membayar pengarah eksekutif tertentu yang mewakili pemegang saham majoriti sebanyak RM1.1 bilion, sedangkan keuntungan dipulangkan kepada pemegang saham sebagai dividen hanyalah RM683 juta.

“Dari jumlah RM683 juta itu, sekitar 35 peratus dividennya pula dibayar kepada pemegang saham majoriti diwakili oleh pengarah eksekutif yang mengetuai SEB,” katanya.

Lantaran itu, menurut beliau, anggaran bayaran keuntungan kepada pemegang saham majoriti yang diwakili pengarah eksekutif dalam bentuk gaji, sewa, yuran harta intelek dan dividen adalah sekitar RM1.33 bilion berbanding RM440 juta yang diagihkan kepada pemegang saham seperti PNB dan KWAP

Tegasnya, nisbah keuntungan dikaut oleh pemegang saham terbesar yang diwakili pengarah eksekutif adalah sekitar tiga kali ganda berbanding yang diagihkan kepada pemegang saham dimiliki rakyat.

“Saya ingin mengambil peluang ini untuk menunjukkan bagaimana Najib hanya mengambil kesempatan menembak dalam semua isu kononnya untuk menjadi terpaling wira rakyat demi menyelamatkan dirinya yang sudah dijatuhkan hukuman penjara.

“Hipokrasi Najib ini tidak sewajarnya dibiarkan berterusan dan rakyat harus dibentangkan dengan fakta untuk menunjukkan hipokrasinya.

“Pada masa yang sama, saya juga akan membentangkan beberapa kaedah yang boleh dipertimbangkan untuk memastikan SAPURA keluar dari kemelut kewangan sekarang dan mengelakkan ribuan kakitangannya kehilangan kerja,” katanya. - Getaran, 31 Mac 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Rafizi Arah Pasukan Guaman Saman Wan Ahmad Fayhsal

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Kerajaan Sudah Putuskan Tarikh Rasionalisasi Subsidi Diesel - Rafizi

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Tengku Zafrul Beritahu Tentang Perintah Tahanan Rumah Najib, Kata MB Pahang

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Najib Dapat Persetujuan Kabinet Sebelum Luluskan Surat Sokongan Bon AS$3 Bilion

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 14 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi